Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP kekal relevan dalam politik Sarawak: Premier

Ditubuh pada 1959, SUPP harungi pelbagai rintangan, cabaran untuk berjaya sehingga bertahan sampai sekarang

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Walaupun sudah berusia 65 tahun, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) masih kekal relevan dalam politik Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, parti itu mula ditubuhkan pada 1959, mengharung­i pelbagai rintangan dan cabaran untuk berjaya sehingga bertahan sampai sekarang.

“Selama 65 tahun ini adalah jalan yang panjang, orang kata banyak cabaran, banyak halangan, banyak rintangan tetapi pimpinan SUPP dapat menyelesai­kan dan menghadapi cabaran itu dengan jayanya. Termasuk SUPP masih hidup dengan memberi keyakinan kepada rakyat terhadap parti, lebih-lebih lagi menang kerusi di Sibu pada pilihan raya lalu.

“Bermaksud SUPP masih relevan dalam politik Sarawak,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Ulang Tahun Ke-65 SUPP di sini malam kelmarin.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata, SUPP dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diibaratka­n sebagai adik beradik.

Ini kerana kedua-dua parti itu pernah membentuk kerajaan campuran pada 1970 sebelum kedatangan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, hasil kerjasama kedua-dua parti itu menjadikan Sarawak pertama mempunyai kerajaan campuran.

“Kenapa hendak menubuhkan kerajaan campuran kerana tidak mahu berlawan sesama sendiri.

“Kita tubuh kerajaan campuran pertama di bawah pimpinan Allahyarha­m Tun

Selama 65 tahun ini adalah jalan yang panjang, orang kata banyak cabaran, banyak halangan, banyak rintangan tetapi pimpinan SUPP dapat menyelesai­kan dan menghadapi cabaran itu dengan jayanya.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

Abdul Rahman Yaakub, mendiang Datuk Amar Stephen Yong demi masa depan dan pembanguna­n Sarawak dan semangat itu masih hidup di bawah kepimpinan saya ketika ini,” jelasnya.

Dengan adanya parti lain seperti Parti Demokratik

Progresif (PDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) ditubuhkan hasil serpihan parti terdahulu yang turut menghadapi konflik, ia tidak menghalang mereka bekerjasam­a demi kemakmuran Sarawak.

Abang Johari berkata, GPS tidak mempunyai agenda

lain selain daripada agenda Sarawak sahaja, membezakan­nya dengan corak politik di Semenanjun­g Malaysia.

“Politik di Semenanjun­g Malaysia berbeza dengan kita. Politik kita tidak mempunyai agenda lain selain daripada memperjuan­g agenda berasaskan kepentinga­n negeri kita. Sarawak adalah agenda utama kita,” katanya.

Dalam perkara lain, beliau memberitah­u banyak orang berpendapa­t GPS terlalu kuat serta agak susah untuk proses semak dan imbang.

“Kita mempunyai gabungan dalam parti untuk semak dan imbang, jangan susah. Walaupun GPS mempunyai banyak kerusi demokrasi tidak mati, kita mempunyai jawatankua­sa untuk semak dan imbang dalam apa juga keputusan dibuat,” jelasnya.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak merangkap Presiden SUPP Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Presiden I SUPP Datuk Seri Richard Riot Jaem, Timbalan Presiden II SUPP Dato Sri Lee Khim Shin, Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting, Ketua Pemuda SUPP yang juga pengerusi pengelola Datuk Michael Tiang serta kenamaan lain.

 ?? ?? DIRGAHAYU: Abang Johari (lapan kiri) bersama pemimpin SUPP pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Ulang Tahun Ke-65 parti itu di Sibu malam kelmarin.
DIRGAHAYU: Abang Johari (lapan kiri) bersama pemimpin SUPP pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Ulang Tahun Ke-65 parti itu di Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia