Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah dalaman berlaku dalam SUPP perlu menjadi pengajaran

-

Masalah dalaman berlaku dalam Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) suatu ketika dahulu perlu menjadi pengajaran kepada parti-parti lain dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Naib Presiden SUPP Datuk Michael Tiang berkata, parti mereka mendapat pengajaran sukar yang tidak sepatutnya berlaku apabila budaya ‘tikam belakang’ mengganggu keharmonia­n parti.

Katanya, masalah itu menyebabka­n mereka kalah dalam beberapa pilihan raya kerana hilang kepercayaa­n daripada rakyat.

“GPS adalah keluarga besar, kita harus belajar antara satu sama lain supaya kita tidak mengulangi kesilapan diajar oleh sejarah kepada kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) SUPP dan sempena ulang tahun parti itu yang ke-65 di sini, malam kelmarin.

Majlis itu dihadiri dan dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg.

Bagaimanap­un, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berasa bersyukur kerana masih ramai ahli menjunjung semangat SUPP memperjuan­g rakyat di Sarawak.

“Mereka ini adalah ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin dilihat hari ini termasuk presiden parti kita, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Beliau sentiasa mengingatk­an parti, kita lakukan ini untuk Sarawak bukan untuk diri sendiri.

“Di bawah kepimpinan­nya, kita semua bersatu sekali lagi dan dengan perpaduan ini kita berbaik semula dan kita bangkit dengan lebih kuat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Tiang turut memuji kepimpinan Premier Sarawak dan menyifatka­n beliau sebagai pemimpin berwawasan di sebalik semua kemajuan Sarawak diperolehi masa kini.

Beliau berkata, Abang Johari bekerja keras sejak hari pertama memegang jawatan menerajui negeri ini pada 2017.

“Sejak YAB kita memegang jawatan Premier Sarawak pada 2017, beliau mempunyai hala tuju sangat jelas untuk Sarawak. Sejak itu, beliau melakukan kejayaan demi kejayaan dan saya benar-benar yakin ekonomi di Sarawak akan meningkat dan kita menjadi negeri berpendapa­tan tinggi menjelang 2030,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia