Utusan Borneo (Sarawak)

AJK Bertindak Era Insurgensi Sarawak 1952-1990 mengadakan kunjungan hormat terhadap TYT

-

KUCHING: Ahli Jawatankua­sa (AJK) Bertindak Era Insurgensi Sarawak 19521990 mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang diPertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di sebuah hotel di sini, semalam.

Pegawai Perhubunga­n/ Penerangan AJK Bertindak Bujang Boji Sitam berkata perjumpaan itu diadakan bagi tujuan memaklumka­n mengenai agenda-agenda AJK Bertindak Era Insurgensi Sarawak 1952-1990

“Malah kita mahu memaklumka­n kepada Yang di-Pertua Negeri kita (Tun Wan Junaidi) berkaitan perkembang­an agenda-agenda yang dikemuka kepada Kerajaan Sarawak semasa beliau menjadi Pengerusi AJK Bertindak Era Insurgensi Sarawak 1952-1990,” katanya dalam kenyataan semalam.

Semasa perjumpaan tersebut, Bujang memberitah­u, Tun Wan Junadi telah menasihati mereka supaya meneruskan perjuangan seperti yang dihasratka­nnya semasa menjadi pengerusi AJK Bertindak itu.

“Beliau menasihati kami supaya meneruskan perjuangan­nya semasa menjadi pengerusi Ahli Jawatankua­da Bertindak iaitu gabungan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Sarawak sehingga perkara yang dikemuka kepada Kerajaan Sarawak mendapat kelulusan.

“Antara agenda yang menjadi keutamaan termasuk memohon pengiktira­fan kepada anggota-anggota polis dan tentera yang berasal dari Sarawak atau anak-anak Sarawak yang berkhidmat semasa Era Insurgensi Sarawak dari tahun 1952 hingga 1990,” katanya.

Bujang berkata, pihaknya telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak pada 6 Julai tahun lalu bagi memaklumka­n mengenai perkara tersebut.

“Malah kita juga telah mengadakan beberapa kali mesyuarat dengan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak,” jelasnya.

Sementara itu, Bujang berkata, antara tujuan lain AJK Bertindak Era Insurgensi Sarawak 1952-1990 mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Wan Junaidi semalam adalah penyerahan tugas beliau sebagai pengerusi AJK Bertindak kepada Abang Narawi Abang Aris.

“Selain itu, kita mahu menyampaik­an hasrat semua AJK Bertindak untuk memohon izin persetujua­n daripada Tun Wan Junaidi menjadi penaung kepada ahli jawatankua­sa ini,” katanya.

 ?? ?? KUNJUNGAN: Tun Wan Junadi serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi merakam kenangan bersama Abang Narawi (duduk, kanan sekali) dan Ahli Jawatankua­sa Bertindak Era Insurgensi Sarawak 1952-1990 semasa menerima kunjungan hormat di Kuching semalam.
KUNJUNGAN: Tun Wan Junadi serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi merakam kenangan bersama Abang Narawi (duduk, kanan sekali) dan Ahli Jawatankua­sa Bertindak Era Insurgensi Sarawak 1952-1990 semasa menerima kunjungan hormat di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia