Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama antara pemimpin jamin kelancaran pembanguna­n: Sagah

-

Kerjasama pemimpin atasan sehingga ke peringkat akar umbi memainkan peranan penting dalam memastikan pembanguna­n yang dirancang dapat diselarask­an dengan lancar.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, pembanguna­n di sesuatu kawasan memerlukan input daripada semua pihak.

Katanya, ini termasuk input daripada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Residen Bahagian mahupun Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) sebagai ‘ramuan’ pembanguna­n kawasan.

“Di Serian misalnya, kini mengalami proses pembanguna­n pesat dengan kawasan yang semakin luas sekali gus memerlukan dana yang besar.

“Justeru, Kerajaan Sarawak telah menubuhkan Agensi Penyelaras­an Pembanguna­n Greater Kuching (GKCDA) sebagai usaha membangunk­an kawasan Zon Selatan dengan lebih

berkesan dan teratur,” katanya menerusi laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Makan Malam Sempena Tahun Baharu Cina 2024 di Serian Jumaat lepas.

Sementara itu, Sagah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat menegaskan

bahawa bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) menjadi keperluan masa depan khususnya di Sarawak yang kini bergerak ke arah adaptasi teknologi baharu.

Malah katanya, ia sekali gus membuka peluang pekerjaan yang memerlukan tenaga mahir khususnya dalam subjek STEM.

Hadir sama, Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem, Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin, Temenggung Cina Kawasan Serian Gee Ah Chok, Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph, Setiausaha Politik Premier Sarawak Damen Rejek serta tetamu kehormat yang lain.

 ?? ?? MERIAH: Sagah bersama tetamu kehormat lain melakukan upacara menggaul ‘Yee Sang’ semasa Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baharu Cina 2024 di Serian Jumaat lepas.
MERIAH: Sagah bersama tetamu kehormat lain melakukan upacara menggaul ‘Yee Sang’ semasa Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baharu Cina 2024 di Serian Jumaat lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia