Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli KRT Taman Bandar Jaya dipelawa meriahkan majlis sempena TBC Rabu ini

- NGO

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bandar Jaya akan menganjurk­an majlis makan malam Tahun Baharu Cina (TBC) di sini Rabu ini, jam 6.30 petang.

Majlis tersebut akan dihadiri Pegawai Perpaduan Bahagian Bintulu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Khairunnis­a Idil.

Pengerusi KRT Taman Bandar Jaya Kapitan Ngo Pen Hee berkata, semua ahli jawatankua­sa dan ahli keluarga KRT taman perumahan tersebut dijemput hadir bersama memeriahka­n sambutan TBC ini.

“KRT Taman Bandar Jaya adalah unit Rukun Tetangga disertai pelbagai kaum terdiri daripada Cina, Iban, Kelabit, Melayu, Melanau, Penan, Kenyah dan Orang Ulu.

“Majlis itu diserikan dengan acara penyampaia­n sijil pelantikan AJK KRT Taman Bandar Jaya 2024-2025 kepada Penasihatn­ya Pemanca Datuk Dr Francis Toh dan Penghulu Dato Chai Shong Phian oleh Khairunnis­a,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, KRT Taman Bandar Jaya juga menyampaik­an Anugerah Galakan Pendidikan kepada anak-anak AJK KRT tersebut ditaja oleh Chai.

Seramai 22 kanak-kanak dan pelajar menerima anugerah itu terdiri daripada enam kanak-kanak tadika, sembilan murid sekolah rendah dan tujuh pelajar sekolah menengah manakala Toh pula menaja sembilan hamper untuk cabutan bertuah.

AJK Taman Bandar Jaya Bintulu sesi 2024-2025 terdiri daripada Penasihatn­ya Toh dan Chai, Pengerusin­ya

Ngo, Timbalan Pengerusi Chin Boon Shin, Setiausaha Winifred Daniel Teho, Penolong Setiausaha Wong Sah Hung dan Bendahari Kapitan Hii Ka Ping.

Ahli jawatankua­sa kecil terdiri daripada Emelda Bulan Lawai, Ngo Siong Kiong, Jamhari Mohamad, Regina Ensuna Chabu, Rubin Belaja, Ujat Kadir, Jereni Diong, Perez Luhat Ibo, Epong Jok, Wilber Juel, Margaret Iton, Enap Dagum, Annie Joan, Apung Lahang, Lusi@Lucie Radu Balang dan Saloma Aron.

Manakala penerima anugerah galakan pendidikan kategori tadika ialah Elain Pang Jia, Yvonne Tan, Gabriel Ngo Yu, Chloe Tan, Enoch Tan dan Elvin Pang Ze.

Kategori sekolah rendah ialah Hannah Ngo Xin, Edwin Changan Jereni, Ezekiel Tan, Raphael Ivan Lajar, Esther Tan, Benjamin Manai, Kate Victoria Rubin, Callista Cayla dan Ryan Hu Ting.

Sementara penerima sekolah menengah ialah Essa Saka, Elnatan Jalin, Kendra Kollat, Charles Makmilan Rubin, Adriel Avun Perezs, Grace Anne Sylvester dan Tom Hu Ting.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia