Utusan Borneo (Sarawak)

Betong sedia jadi kawasan lebih progresif dan makmur

Dengan strategi, program di bawah BDDA rakyat Betong bakal menikmati pendapatan, taraf hidup yang lebih baik

- Oleh Marlinda Mardzuki Timbalan Premier Sarawak

KUCHING: Betong bersedia menjadi sebuah kawasan atau bahagian di Sarawak yang lebih progresif dan makmur selaras dengan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, dengan strategi dan program di bawah Agensi Pembanguna­n Bahagian Betong (BDDA), rakyat Betong bakal menikmati pendapatan dan taraf hidup yang lebih baik.

“Malah, pemimpin tempatan yang mempunyai perancanga­n sendiri juga akan membantu dan memudahkan transforma­si ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perhimpuna­n untuk penjawat awam bahagian Betong di Dewan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan di Betong, malam kelmarin.

Uggah bagaimanap­un berkata, isu alam sekitar tidak dapat dielakkan dalam usaha mencapai kemajuan dan kemakmuran yang lebih besar di Betong.

“Akan ada peningkata­n sisa isi rumah dan komersial yang dihasilkan. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada tapak pelupusan sampah untuk menangani perkara ini.

“Jadi, saya berfikir untuk mempunyai insinerato­r di semua bandar besar di bahagian Betong.

“Justeru, satu mesyuarat akan diadakan tidak lama lagi untuk menangani perkara ini,” katanya.

Beliau mahu Betong kekal hijau bukan sahaja dapat menarik lebih ramai pengunjung tetapi juga muncul sebagai bahagian atau kawasan terbersih di negara ini.

Sehubungan itu, Uggah menyeru semua penjawat awam di bahagian itu untuk terus memberikan sokongan, komitmen dan kerjasama yang padu bagi merealisas­ikan wawasan ini.

“Bersama-sama dengan semangat Segulai Sejalai, kita boleh mencapainy­a,” katanya.

Sementara itu, Uggah berkata penduduk Betong amat bertuah kerana sudah mempunyai rangkaian jalan raya sangat komprehens­if serta liputan bekalan elektrik dan air yang hampir lengkap.

Katanya, ini adalah hasil sumbangan pemimpin terdahulu seperti bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu.

“Sekarang kita mahu melengkapk­an ini dengan membangunk­an program dan aktiviti ekonomi untuk

menjana pendapatan.

“Kita sudah mempunyai golongan berpendapa­tan tinggi di sini daripada kalangan pekebun kelapa sawit dan lada.

“Tetapi kita mahu mempunyai lebih ramai golongan berpendapa­tan tinggi menjelang 2030 selaras dengan objektif PCDS 2030,” ujarnya.

Melalui BDDA, Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan

Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata, banyak peluang ditawarkan untuk semua orang.

“Kita kini memperkena­lkan kaedah pertanian moden seperti fertigasi dan lain-lain di sini.

“Kita mahu menjadikan bahagian Betong sebagai hab makanan serantau dan kita mempunyai dua taman agro di Bebuling dan Lubok Tamang.

“Mungkin kita perlu mencipta beberapa lagi. Daerah kecil Spaoh telah diperuntuk­kan untuk projek tanaman padi dua kali setahun.

“Kita juga mempunyai rancangan untuk meneroka potensi pelanconga­n dengan memanfaatk­an alam semula jadi kita, budaya yang pelbagai dan sejarah kita termasuk mengenai pahlawan legenda Iban, Rentap yang hebat,” jelasnya.

Beliau berharap BDBA dapat menghasilk­an pelan induk pelanconga­n dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

Sehubungan itu, Uggah berkata sejumlah RM16 juta telah diperuntuk­kan untuk membina replika kubu Rentap di Bukit Sadok.

“Oleh itu, saya harap penjawat awam dapat memaklumka­n kepada rakyat tentang pelbagai program dan aktiviti di bawah PCDS 2030 serta turut serta mengambil bahagian dalam pelbagai rancangan pembanguna­n,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu, turut berharap pusat hemodialis­is baharu untuk Spaoh, Kabong dan Beladin akan siap menjelang akhir tahun ini.

“Kita telah mengenal pasti tapak tersebut dan memperuntu­kkan sejumlah RM5 juta setiap satu untuk pembinaann­ya,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu dalam ucapannya mengingatk­an penjawat awam untuk sentiasa proaktif terutama dalam menangani isu yang dihadapi rakyat.

“Setiap orang ada peranan masing-masing. Untuk menjadi lebih relevan, sila fikir di luar kotak.

“Jadilah peserta yang aktif dan bukannya berpuas hati sebagai ‘penonton’ yang menunggu arahan daripada pihak atasan,” kata Rentap yang juga ADUN Layar.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Masyarakat Datuk Mohamad Razi Sitam yang juga ADUN Debak, Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu, Ahli Parlimen Batang Lupar Mohd Shafizan Kepli serta tetamu kehormat lain.

Malah, pemimpin tempatan yang mempunyai perancanga­n sendiri juga akan membantu dan memudahkan transforma­si ini.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

 ?? ?? JASAMU DIKENANG: Uggah menyampaik­an surat penghargaa­n kepada bekas Pegawai Perubatan Bahagian Betong Dr Johnny Pangkras yang telah ditukarkan ke bahagian Kuching. Turut kelihatan Rentap dan yang lain.
JASAMU DIKENANG: Uggah menyampaik­an surat penghargaa­n kepada bekas Pegawai Perubatan Bahagian Betong Dr Johnny Pangkras yang telah ditukarkan ke bahagian Kuching. Turut kelihatan Rentap dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia