Utusan Borneo (Sarawak)

Program Kuching Car Free Morning sokong usaha Sarawak jadi negeri rendah karbon

-

Program Kuching Car Free Morning menyokong usaha Kerajaan Sarawak ke arah negeri rendah karbon dan seterusnya sifar karbon pada 2050.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata inisiatif ini telah dimulakan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sejak 2021.

“Program Kuching Car Free Morning ini adalah agenda utama DBKU untuk membantu kerajaan menjadikan bandar raya Kuching rendah karbon.

“Ia dimulakan sejak 2021 bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di mana matlamat DBKU adalah bandar raya rendah karbon dan kampus rendah karbon untuk UNIMAS.

“Inisiatif ini juga sejajar dengan usaha Sarawak menjadi negeri rendah karbon dan sifar karbon pada 2050,” katanya ketika ditemui pada program itu semalam yang turut dihadiri Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman.

Program Kuching Car Free Morning diadakan pada hari Ahad minggu pertama dan ketiga pada setiap bulan melibatkan laluan sepanjang Padang Merdeka hingga ke Tugu Pahlawan.

Dalam perkembang­an lain, Dr Abdul Rahman berkata seperti sambutan Ramadan pada tahun-tahun lepas, DBKU bersama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan mengadakan bazar Ramadan di kawasan masing-masing

tahun ini.

Di DBKU katanya, bazar Ramadan akan dibuka di tiga lokasi iaitu Satok, Sukma Ria dan Semarak.

Namun demikian katanya, pihak DBKU ada menerima permohonan daripada warga Kuching terutama peniaga untuk membuka bazar Ramadan di tempat masing-masing secara kecil-kecilan.

“Kita akan benarkan peniaga

ini berniaga dengan syarat mematuhi peraturan, jaga kebersihan, tidak menghalang laluan trafik dan patuhi garis panduan Jabatan Kesihatan,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penganjura­n bazar Ramadan, beliau meminta mereka yang berkaitan menghubung­i DBKU.

 ?? Emmor — Gambar Roystein ?? SIMBOLIK PELEPASAN: Dr Abdul Rahman (tiga kanan) melepaskan kumpulan tarian singa pada Program Kuching Car Free Morning semalam. Turut kelihatan Hilmy (empat kanan).
Emmor — Gambar Roystein SIMBOLIK PELEPASAN: Dr Abdul Rahman (tiga kanan) melepaskan kumpulan tarian singa pada Program Kuching Car Free Morning semalam. Turut kelihatan Hilmy (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia