Utusan Borneo (Sarawak)

Guru baharu di Sarawak disaran sertai STU

STU beri banyak faedah serta berperanan menyuaraka­n pelbagai keperluan guru kepada kerajaan

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud Presiden STU

BINTULU: Guru-guru di Sarawak khasnya guru-guru baharu diseru mendaftar menjadi ahli Kesatuan Guru Sarawak (STU) yang memberi banyak faedah serta berperanan menyuaraka­n pelbagai keperluan guru kepada kerajaan.

Presiden STU Kullin Djayang berkata, kesatuan itu adalah saluran efektif untuk menyuaraka­n isu-isu berkaitan pendidikan memandangk­an hanya kesatuan mempunyai hak perundinga­n dengan kerajaan dan dapat membela ahli-ahlinya.

“Kita mengalu-alukan guru-guru bersuara melalui kesatuan ini lebih-lebih lagi STU adalah kesatuan guru terbesar di Sarawak yang lama memperjuan­g kebajikan guru seiring dengan aspirasi pendidikan negara,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Eksekutif STU Ketiga (2022-2024) di sini kelmarin.

Kita mengalu-alukan guru-guru bersuara melalui kesatuan ini lebih-lebih lagi STU adalah kesatuan guru terbesar di Sarawak yang lama memperjuan­g kebajikan guru seiring dengan aspirasi pendidikan negara.

Menurutnya, dengan yuran hanya RM10 sebulan sebagai ahli, faedah-faedah dinikmati

ahli adalah lebih baik daripada sebelum ini.

Antaranya ialah faedah persaraan RM1,000 berdasarka­n kepada jumlah tahun keahlian, faedah penyakit kritikal RM1,200, Khairat Kematian Ahli RM1,200, Khairat Kematian Pasangan RM500, anak RM200 dan ibu bapa RM200.

“Diikuti Perlindung­an Insurans Kemalangan Peribadi

sejumlah RM100,000 mengikut terma dan syarat, nasihat guaman percuma, skim insurans lebih kompetitif daripada harga pasaran serta manfaat lebih baik,” jelasnya.

Selain itu, diskaun pelbagai rakan kongsi pedagang seluruh negeri juga ditawarkan, peluang kepimpinan dalam sebuah organisasi yang merupakan kesatuan terbesar

di Borneo serta peluang pembanguna­n diri dan profesiona­l seperti subsidi menyertai Konvensyen Antarabang­sa Majlis Guru ASEAN + Korea.

Dalam perkembaga­n lain, pihaknya mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Kerajaan Sarawak kerana memberi bantuan khas kewangan kepada penjawat awam persekutua­n bertugas di negeri ini untuk

tiga tahun berturut-turut.

“Kita amat berharap pada masa akan datang, kerajaan negeri memperting­kat jumlah bantuan khas kewangan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, STU sentiasa komited dalam berkhidmat dan berjuang demi keadilan dan kesejahter­aan guru-guru di negeri ini sesuai dengan motto ‘keadilan sosial dan keamanan’.

Kullin Djayang

 ?? ?? SUARA GURU: Kullin (duduk tengah) bersama ahli-ahli jawatankua­sa STU bercakap pada sidang media di Bintulu kelmarin.
SUARA GURU: Kullin (duduk tengah) bersama ahli-ahli jawatankua­sa STU bercakap pada sidang media di Bintulu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia