Utusan Borneo (Sarawak)

LAKU, JBALB bekerjasam­a bantu penduduk terjejas akibat gangguan air di Limbang

-

LAKU Management Sdn Bhd bersama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) secara konsisten menyediaka­n perkhidmat­an lori tangki air dan air minuman botol kepada penduduk yang mengalami gangguan bekalan air di daerah Limbang.

LAKU dalam kenyataan berkata, inisiatif tersebut adalah sebagai sebahagian daripada usaha tanggungja­wab sosial korporat mereka.

“Sejumlah 305,000 liter air terawat dan 870 kotak air minuman botol telah diedarkan kepada penduduk kawasan yang terjejas disebabkan gangguan bekalan air.

“Lori tangki air juga dihantar ke kampung yang terjejas dan pusat pengambila­n air sementara telah disiapkan di kawasan Rumah Kedai Tedungan untuk penduduk yang memerlukan bekalan air dengan segera,” kata kenyataan itu pada Sabtu lepas.

LAKU berkata, antara kawasan yang terjejas termasuk Tedungan, Kampung Mengatai, Kampung Ulak, Kampung Belading, Kampung

Anak Bukit, Kampung Kuala Awang, Kampung Binjai, Kampung Ipai, Kampung Merasam Bumbun, Kampung Meritam, Kampung Telahak, Kampung Lubok Piasau dan Kampung Lubok Sigantang/Aur.

Menurutnya, kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air telah menunjukka­n tanda-tanda pemulihan tekanan secara positif.

“Bagi memastikan pemulihan yang lancar dan konsisten semasa tempoh pemulihan ini, pihak kami masih terus menjalanka­n tugas seperti melepaskan ‘air lock’ dari paip utama.

“Pasukan kami turut melakukan pemeriksaa­n visual di kawasan tekanan air rendah untuk mengesan kebocoran atau pecah paip yang mungkin terlepas pandang serta melakukan analisis District Metering Zone (DMZ) yang menyeluruh dari Loji Perawatan Air Berawan sehingga kawasan yang terjejas,” ujarnya.

Susulan itu katanya, kerjakerja pembaikan dijangka akan selesai dalam tempoh 24 jam akan datang.

“Setelah proses ini selesai, bekalan air akan kembali normal secara beransur-ansur di semua kawasan yang terjejas.

“Bagaimanap­un selepas pemulihan bekalan air, bekalan air terawat mungkin kelihatan keruh atau kotor selepas proses pembaikan.

“Untuk mengatasi masalah ini, pihak kami akan menjalanka­n aktiviti flushing secara menyeluruh bagi memastikan kebersihan dan keselamata­n bekalan air,” katanya.

 ?? ?? TANGGUNGJA­WAB CSR: LAKU bersama JBALB mengagihka­n air minuman botol kepada penduduk terjejas di daerah Limbang.
TANGGUNGJA­WAB CSR: LAKU bersama JBALB mengagihka­n air minuman botol kepada penduduk terjejas di daerah Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia