Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditahan bantu siasatan pukul ibu dan anak saudara

-

Polis menahan seorang lelaki dipercayai memukul ibu dan anak saudara perempuann­ya menggunaka­n penyapu dan topi keledar di hadapan sebuah rumah di sebuah taman perumahan di Mentakab, dekat Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pagi tadi, berhampira­n rumahnya kerana dikatakan telah melarikan diri dengan menunggang motosikal selepas kejadian jam 4.30 petang kelmarin.

“Suspek yang tidak bekerja dipercayai memukul tangan kanan anak saudaranya dengan menggunaka­n penyapu semasa mangsa datang ke rumah itu bersama ibu suspek dan seorang wanita Indonesia untuk membersihk­an rumah.

“Tindakan suspek menyebabka­n mangsa bertindak keluar dari rumah, namun suspek didakwa mengikut mangsa sebelum memukulnya di belakang kepala dan badan menggunaka­n topi keledar di hadapan rumah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mazlan berkata ibu suspek yang berusia 77 tahun cuba membantu mangsa yang berusia 31 tahun dengan memukul suspek menggunaka­n penyapu, namun suspek dikatakan merentap penyapu itu yang kemudianny­a digunakan untuk memukul muka ibunya.

Kejadian menyebabka­n ibu suspek cedera di muka manakala anak saudaranya cedera di tangan, bahu kanan serta bahagian belakang kepala.

Mazlan berkata siasatan awal mendapati lelaki terbabit tinggal di rumah itu selepas ibunya memilih untuk keluar dan menetap di rumah anaknya yang lain yang terletak di taman perumahan berhampira­n rumah berkenaan.

Beliau berkata pihaknya masih menyiasat motif suspek berbuat demikian dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia