Utusan Borneo (Sarawak)

Bersama jaga, pulihara harta benda awam

Masyarakat digesa terlibat kekang, kurangkan perbuatan mencuri, merosakkan pili bomba

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Masyarakat digesa agar menjadi mata dan telinga Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam usaha mengekang dan mengurangk­an perbuatan mencuri dan merosakkan pili bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata masyarakat harus sedar peranan dan tanggungja­wab menjaga serta memulihara harta benda awam seperti pili bomba.

“Usaha ini amat penting bagi memastikan pili bomba mampu berfungsi dengan baik terutama apabila berlaku kecemasan.

“Masyarakat harus sedar kemudahan itu diwujudkan untuk menyelamat­kan nyawa bukan sebagai perhiasan di tepi jalan atau di kawasan-kawasan perumahan, kampung serta rumah panjang.

“Justeru, kita amat berharap masyarakat dapat bersama memulihara kemudahan ini dengan memastikan

setiap pili bomba berada dalam keadaan baik dan sedia digunakan pada bilabila masa ketika menghadapi kecemasan,” katanya.

Terdahulu, beberapa anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei melakukan pemantauan dan pemeriksaa­n pili bomba di

Jalan Tiang Soon Height bagi memastikan pili-pili bomba tersebut berada dalam keadaan baik.

Menurut Mahmudin, pili bomba di sini memerlukan perhatian dan penjagaan bukan sahaja daripada bomba tetapi orang ramai.

“Dalam pemeriksaa­n itu,

sebanyak tujuh unit pili bomba di lokasi terbabit diperiksa.

“Bomba sentiasa melakukan rondaan bagi memastikan pili bomba berfungsi dan pemeriksaa­n dari semasa ke semasa bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik,” jelasnya.

Usaha ini amat penting bagi memastikan pili bomba mampu berfungsi dengan baik terutama apabila berlaku kecemasan.

Mahmudin Narudin Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei

 ?? ?? PERIKSA: Anggota bomba melakukan pemeriksaa­n pili bomba di Jalan Tiang Soon Height, Sarikei kelmarin.
PERIKSA: Anggota bomba melakukan pemeriksaa­n pili bomba di Jalan Tiang Soon Height, Sarikei kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia