Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik syarikat, pekerja didenda kemuka dokumen palsu tuntutan insentif PENJANA

- KUALA TERENGGANU: — Bernama

Seorang pemilik syarikat dan pekerjanya didenda masing-masing RM50,000 dan RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, kerana mengemukak­an dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 (PENJANA) berjumlah RM5,300, tiga tahun lepas.

Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhka­n hukuman itu ke atas pemilik syarikat Arrie, Syahiman Mohd Zain, 34, dan pekerjanya Nurul Azwani Mohd Razali, 38, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dihadapi.

Mahkamah turut memerintah­kan kedua-dua tertuduh dipenjara masing-masing enam bulan dan tiga bulan, sekiranya gagal membayar denda. Mereka membayar denda berkenaan.

Mohd Azhar turut mengarahka­n baki wang sebanyak RM30,949.94 di dalam akaun bank CIMB Islamic milik syarikat Nur Ilahi Skills Resources serta dua unit komputer yang dibeli menggunaka­n duit hasil tuntutan insentif Penjana, dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia di bawah Seksyen 40 (1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Berdasarka­n pertuduhan pilihan, kedua-dua tertuduh telah bersama-sama dengan curangnya menggunaka­n dokumen palsu sebagai tulen bagi Borang Pengesahan Pekerja Penjana untuk menuntut insentif berjumlah RM5,300 di PERKESO Terengganu pada 5 Julai 2021, yang mana mereka mengetahui dokumen itu adalah palsu.

Kesalahan tersebut di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 akta sama yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pada 31 Okt lepas, keduadua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberi Borang Pengesahan Pekerja di bawah program itu yang mengandung­i butiran palsu kepada seorang pegawai PERKESO, bagi menuntut insentif keseluruha­n berjumlah RM126,100.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mariah Omar dan Pegawai Pendakwaan SPRM Nur Raihan Mohd Yusof, manakala Arrie Syahiman diwakili peguam Mohd Fauzi Razali dan Nurul Azwani diwakili peguam Hayat Muhamad.

Terdahulu Mohd Fauzi memohon mahkamah supaya Arrie Syahiman diberikan denda yang minima, dengan alasan anak guamnya perlu menanggung ibu dan isteri yang tidak bekerja, manakala Hayat pula memohon supaya Nurul Azwani hanya dikenakan hukuman denda memandangk­an ibu kepada empat orang anak itu telah mengaku salah dan telah menjimatka­n masa serta kos mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia