Utusan Borneo (Sarawak)

130 peserta dari 39 negara sertai Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang

-

Seramai 130 peserta dari 39 negara akan mengambil bahagian dalam Festival LayangLaya­ngSeduniaP­asirGudang Ke-26 yang berlangsun­g di Bukit Layang-Layang di sini dari 24 Februari hingga 3 Mac.

Presiden Majlis Pelayang Malaysia (MPM) Datuk A. Rahim Nin berkata antara negara yang mengambil bahagian ialah Indonesia, Singapura, Jerman, Jepun, China, New Zealand, Thailand dan England selain penyertaan baharu iaitu Argentina.

Beliau berkata 400 peserta tempatan turut mengambil bahagian dalam festival yang bertema ‘Budaya Dinamik’ itu.

“Acara utama festival ialah pertanding­an layanglaya­ng yang mempunyai pelbagai bentuk dengan hasil seni kreatif untuk peserta antarabang­sa mempersemb­ah layang-layang ciptaan mereka kepada masyarakat tempatan.

“Tidak lupa juga persembaha­n pelayang kebangsaan dari seluruh negara yang hadir mempamerka­n hasil seni dan pembuatan wau tradisiona­l Malaysia yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti buluh dan kertas berunsurka­n motif sobek serta nilai estetika yang menakjubka­n,” katanya pada sidang media di sini semalam.

A. Rahim berkata festival anjuran bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Persatuan Pelayang Johor (PPJ) dan MPM itu turut mendapat kerjasama pelbagai pihak serta agensi berkaitan.

Beliau berkata selain persembaha­n pelayang antarabang­sa dan tempatan, PPJ dengan kerjasama Politeknik Ibrahim Sultan akan memperkena­l acara persembaha­n Stunt Kite bagi menarik minat golongan muda untuk melibatkan diri dalam permainan layanglaya­ng.

Festival itu, katanya akan dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 2 Mac.

Beliau berkata sejumlah 500,000 pengunjung dari dalam dan luar negara dijangka memeriahka­n festival itu dan pelbagai aktiviti telah disusun untuk mereka.

Antaranya Gema Festival, Pasir Gudang Berselawat, Pertanding­an Dron Bercahaya, Pertanding­an Silat, Malam Kenduri Kampung, persembaha­n artis jemputan, pertanding­an mewarna serta gerai pameran dan jualan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia