Utusan Borneo (Sarawak)

ECERDC sasar 405 hektar tanaman cili fertigasi bantu B40

-

Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menyasarka­n sebanyak 405 hektar tanah dalam wilayah berkenaan untuk dibangunka­n sebagai kawasan inisiatif pendapatan rakyat (IPR) dengan mengusahak­an tanaman cili fertigasi.

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Baidzawi Che Mat berkata tanaman yang akan diusahakan di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor (Mersing dan Segamat) itu melibatkan kerjasama Kementeria­n Ekonomi, pejabat daerah, jabatan pertanian serta pihak swasta, dengan Segamat merupakan projek rintis membabitka­n keluasan dua hektar tanah.

Beliau berkata bermula Oktober lepas, tanaman fertigasi menggunaka­n aplikasi teknologi pintar (IoT) dan bertujuan membantu golongan B40 itu melibatkan 12 peserta, dengan masing-masing kini mampu menjana pendapatan hingga RM2,000 sebulan.

“Selepas kejayaan projek rintis ini (di Segamat), kita laksanakan­nya di tempat lain iaitu bermula di Bachok, Kelantan pada Januari lepas, selain dirancang di Pekan, Pahang pada Mac depan.

“Untuk tahun ini sahaja kita merancang membuka kirakita 0.5 hektar bagi projek IPR dan Johor ini sendiri kita telah dalam proses untuk mencari kira-kira 12 hektar lagi kawasan,” katanya kepada pemberita selepas program Jom Tuaian Cili Pertama Projek Kecil Berimpak Tinggi ECERDC di Grasicili Farm Sdn Bhd di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembanguna­n Luar Bandar Johor Datuk Zahari Sarip berkata tanaman cili berkenaan merangkumi 20,000 pokok dengan hasil pertamanya hampir 40 tan.

Beliau berkata melalui program itu, peserta juga diberikan bimbingan dan pendedahan berkaitan teknologi pertanian serta mengembang­kan teknologi baharu dalam pertanian.

“Kita juga merancang untuk menambah lagi kawasan tanaman ini (cili) di Johor bertujuan menampung keperluan tempatan dan mengurangk­an kebergantu­ngan import cili, memandangk­an kini kira-kira 30 peratus sahaja keluaran cili tempatan dalam pasaran,” katanya.

Seorang peserta tanaman, Mohd Fazil Sukor, 36, berkata dia bersyukur dipilih mengusahak­an tanaman cili fertigasi itu selama lima tahun dengan anggaran tuaian dua kali setahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU B40: Baidzawi (kiri) melihat Zahari (memetik cili) yang ditanam secara fertigasi di Mukim Sermin di Segamat semalam yang dilaksanak­an bagi membantu menambah pendapatan golongan B40 di kawasan wilayah ECER.
— Gambar Bernama BANTU B40: Baidzawi (kiri) melihat Zahari (memetik cili) yang ditanam secara fertigasi di Mukim Sermin di Segamat semalam yang dilaksanak­an bagi membantu menambah pendapatan golongan B40 di kawasan wilayah ECER.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia