Utusan Borneo (Sarawak)

Musim panas dan kering di Kedah tidak jejas tanaman padi

- — Bernama

Musim panas dan kering yang melanda negara khususnya di Kedah dilihat tidak memberi kesan terhadap aktiviti tanaman padi di Kawasan Muda, kata Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

MADA dalam kenyataan semalam memaklumka­n prestasi kemajuan tanaman padi bagi Musim 2/2023 sehingga semalam telah mencapai 99.3 peratus melibatkan kawasan seluas 100,011 hektar.

“Manakala peringkat berbunga sebanyak 80.3 peratus dengan keluasan 80,831 hektar, tanaman masak sebanyak 38 peratus dengan keluasan 38,282 hektar dan sebanyak 12.1 peratus atau seluas 12,208 hektar padi pula telah dituai,” katanya.

Menurut MADA, jumlah takungan air ketiga-tiga empanganny­a pula berada pada paras selesa dan mencukupi bagi menampung keperluan sumber pengairan untuk aktiviti tanaman padi musim ini.

Katanya, takungan air di Empangan Pedu berada pada kadar 71.71 peratus, Empangan Muda (72.80 peratus) dan Empangan Ahning (93.96 peratus).

Selain itu, MADA memaklumka­n jumlah hujan di Kawasan MUDA merekodkan bacaan lebih rendah iaitu 12 milimeter (mm) berbanding purata hujan selama 20 tahun iaitu 47mm tidak akan menjejaska­n aktiviti tanaman musim ini yang dijangka selesai pada penghujung bulan depan.

Beliau berkata bagi menghadapi musim cuaca kering, MADA tetap mengambil langkah berjaga-jaga dan melakukan tindakan segera dengan memaksimum­kan penggunaan stesen pam guna semula bagi menjimatka­n air daripada empangan.

“MADAturutm­enjalankan operasi membekalka­n air pengairan secara penggilira­n mengikut keperluan aktiviti persawahan di setiap wilayah berdasarka­n fasa tanaman sehingga aktiviti Musim 2/2023 selesai sepenuhnya,” katanya.

MADA turut menasihatk­an para peladang untuk menguruska­n air di peringkat sawah secara berhemat bagi memastikan bekalan air dapat diagihkan dengan sempurna dan mengelakka­n pembaziran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia