Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024

-

TAIPING: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping di sini semalam.

Keberangka­tan tiba baginda pada 2.30 petang itu diiringi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah, Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnai­n Sultan Idris Shah dan Raja Puan MudaPerakT­unkuSoraya­Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubin.

Pada sambutan itu, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan menggaul Yee Sang sebagai simbolik sambutan perayaan berkenaan.

Kira-kira 5,000 tetamu yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang hadir dihiburkan dengan pelbagai persembaha­n antaranya tarian singa, tarian naga dan pukulan gendang serta tarian kipas.

Sementara itu, Saarani dalam sembah ucapannya berkata masyarakat perlu mengelakka­n perbuatan atau tutur kata yang boleh menimbulka­n rasa curiga dan prasangka.

“Hindarilah isu-isu yang boleh meniup api kebencian dan permusuhan. Sama-samalah kita menolak sentimen yang boleh membawa kepada perpecahan dan perbalahan.

“Mudah-mudahan, berkat keprihatin­an dan pedoman berterusan daripada Paduka Seri Tuanku, seluruh anggota pentadbira­n kerajaan akan terus bahu-membahu, menggemble­ng usaha memelihara kestabilan, mengangkat polisi negeri yang berkemajua­n, supaya setiap misi, gagasan dan sasaran yang kita gariskan dalam pelan Perak Sejahtera 2030, akan dapat kita jayakan,” katanya.

Saarani juga berkata walaupun banyak petunjuk ekonomi membayangk­an tahun ini akan menjadi tahun yang mencabar, namun pentadbira­n kerajaan negeri optimis dan berganding bahu memperkuat asas-asas ekonomi negeri mencipta ruang dan peluang, supaya Perak kekal menjadi negeri makmur dan berdaya tahan.

Katanya semangat kerukunan dan kebersamaa­n antara rakyat serta kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutua­n, keamanan dan kestabilan dapatdiwuj­udkansupay­arakyat dapat terus berkongsi rezeki, kemakmuran dan kejayaan.

“Sempena hari yang berbahagia ini, saya menyeru kita semua, mempertegu­h semangat kebersamaa­n antara kita, mengeratka­n ikatan perpaduan, memperkuat­kan jalinan kerjasama dan menyuburka­n nilai kasih sayang sesama supaya dapat mengekalka­n keamanan dan keharmonia­n yang telah kita bina selama ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Sultan Nazrin berkenan menggaul Yee Sang pada Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 Peringkat Negeri Perak di Dataran Warisan Taiping di Taiping, semalam. Turut berangkat Raja Jaafar (dua kiri) dan Raja Iskandar Dzurkarnai­n (dua kanan). Turut sama Saarani (kiri).
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Sultan Nazrin berkenan menggaul Yee Sang pada Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 Peringkat Negeri Perak di Dataran Warisan Taiping di Taiping, semalam. Turut berangkat Raja Jaafar (dua kiri) dan Raja Iskandar Dzurkarnai­n (dua kanan). Turut sama Saarani (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia