Utusan Borneo (Sarawak)

Isu kos sara hidup dibincang dalam NACCOL

Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dipengerus­i Perdana Menteri Jumaat ini

- Datuk Armizan Mohd Ali Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

PAPAR: Satu Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang akan dipengerus­ikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan diadakan Jumaat ini bagi membincang­kan isu kos sara hidup terutama bekalan beras di negara ini.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata kementeria­nnya selaku urusetia NACCOL telah mendapat pengesahan Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM) bahawa satu daripada perkara diangkat untuk pertimbang­an adalah berkaitan bekalan beras negara.

“Sejak berkuatkua­sanya

Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522), kuasa kawal selia padi dan beras termasuk berkaitan hala tuju bekalan dan harga terletak di bawah KPKM.

“Sebarang perubahan yang melibatkan dasar dan program kerajaan terkait dengan industri padi dan beras adalah di bawah tanggungja­wab Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan, sejajar dengan perintah yang dikeluarka­n di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Majlis Berkhatan Peringkat Dewan Undangan Negeri Kawang di sini semalam, yang melibatkan 260 peserta dan lapan masjid.

Armizan berkata sebarang pengumuman rasmi berkaitan beras negera akan dibuat Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu atau wakil dipertangg­ungjawabka­n selepas keputusan dibuat NACCOL, dan kemudian dibawa kepada Jemaah Menteri sekiranya keputusan itu besar serta melibatkan implikasi kewangan.

Pada masa sama, beliau berkata dengan kerjasama Kementeria­n Ekonomi iaitu melalui Jabatan Perangkaan, pihaknya juga akan mengangkat mengenai pertimbang­an mewujudkan indikator kos sara hidup pada mesyuarat berkenaan.

“Jika tidak sempat dibincangk­an pada mesyuarat Jumaat ini kita akan bawa pada mesyuarat NACCOL Mac nanti. Kita ada indeks harga pengguna tetapi sekiranya ada indikator kos sara hidup ini, kita akan dapat membuat penilaian yang lebih menyeluruh termasuk dalam konteks pengagihan bantuan kepada rakyat.

“Kita tahu setiap daerah atau wilayah, kos sara hidup adalah berbeza...harga barang termasuk kos logistik berbeza. Oleh itu kita perlu wujudkan indikator berkenaan, namun untuk mewujudkan indikator itu kita perlu melibatkan dasar kerana kita perlu melihat apa komponen yang akan dimasukkan dalam indakator berkenaan,” tambahnya.

Mengenai kos sara hidup yang semakin membebanka­n, Armizan berkata masalah berkenaan merupakan isu yang dihadapi oleh seluruh negara di dunia.

“Peningkata­n kos sara hidup ini bukan sahaja berlaku di Malaysia dan kalau lihat laporan Forum Ekonomi Dunia yang baru dikeluarka­n pada 2024 dan 10 tahun mendatang, antara satu isu cabaran global adalah kos sara hidup, jadi ia bukan isu yang unik untuk Malaysia tetapi dihadapi seluruh dunia,” katanya. — Bernama

Sejak berkuatkua­sanya Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522), kuasa kawal selia padi dan beras termasuk berkaitan hala tuju bekalan dan harga terletak di bawah KPKM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia