Utusan Borneo (Sarawak)

Fenomena El Nino: KADA tambah 150 unit pam ‘backward’ atasi masalah bekalan air

-

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengambil langkah awal menyediaka­n 150 unit pam ‘backward’ tambahan tahun ini bagi mengatasi masalah bekalan air yang dijangka berlaku berikutan fenomena El Nino.

Pengerusin­ya Muhammad Husin berkata kemudahan tersebut akan ditempatka­n mengikut keperluan semasa petani membabitka­n keseluruha­n seluas 26,000 hektar di enam daerah tanaman padi KADA.

“Pada tahun ini kita buat tambahan sebanyak 150 unit pam backward dengan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi menambah 86 pam sedia ada.

“Kitasudahm­enghebahka­n kemudahan ini kepada petani, hanya menunggu makluman kawasan mana yang terjejas atau memerlukan pam backward untuk kita hantar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Amanat Tahun Baharu Pengerusi KADA di Ibu Pejabat KADA di sini semalam yang turut dihadiri Pengurus Besarnya Mohd Faizul Mustafa.

Menurut Muhammad

KADA turut menerima peruntukan berjumlah RM500,000 daripada Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan bagi menyediaka­n kira-kira 100 unit telaga tiub bagi kawasan KADA yang masih sesuai menggunaka­n kaedah itu.

Dalam perkembang­an sama, beliau berkata meskipun KADA merupakan kawasan jelapang padi negara kedua terbesar, hasil tanamannya masih ketinggala­n iaitu purata 4.1 tan metrik sehektar berbanding jelapang barat laut Selangor dengan 4.32 tan metrik, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (4.24 tan metrik) dan Pulau Pinang (5.05 tan metrik).

Menurutnya antara faktor penyumbang kepada prestasi hasil pengeluara­n padi rendah diKADAiala­hketiadaan­sistem pengairan yang sistematik.

“KADA pada masa ini tidak mempunyai empangan untuk menampung atau menyimpan bekalanair­berbanding­jelapang lain yang mempunyai empangan tersendiri bagi sistem pengairan mereka,” katanya.

Selain itu, katanya KADA juga berhadapan dengan penyusutan kawasan jelapang berikutan pembanguna­n komersial dan perumahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia