Utusan Borneo (Sarawak)

PM Anwar minta MAIWP selaras bantuan zakat bersama agensi lain

- — Bernama

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) perlu menyelaras penyampaia­n bantuan zakat bersama agensi lain bagi memastikan rakyat yang benar-benar memerlukan, mendapat manfaat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi contoh sekiranya tiada penyelaras­an, akan ada keluarga mendapat beberapa kali bantuan sedangkan ada keluarga lain langsung tidak dibantu.

“Antara tugas MAIWP supaya ada penyelaras­an dengan agensi lain, kalau tidak ada satu keluarga dapat empat kali (bantuan), satu keluarga (pula) tak dapat langsung... jadi saya harap ini diurus dengan baik.

“Kerja menteri, timbalan menteri, pengerusi, bukan sekadar meneruskan kegiatan ini, sebaliknya memastikan setiap dana dan setiap sen rakyat kembali kepada rakyat, dan tak boleh diperalat untuk kesenangan peribadi,” katanya ketika merasmikan Karnival MAIWP 2024 di Taman Tasik Titiwangsa semalam.

Anwar juga mahu MAIWP menjalanka­n tatakelola yang baik dan menghentik­an segala perbelanja­an yang tidak perlu, bagi memastikan agensi itu menjadi mercu tanda kebanggaan ummah.

Bagi meningkatk­an lagi prestasi agensi itu dan mengenal pasti sebarang kelemahan dalam pengurusan zakat, Perdana Menteri memberi tempoh sebulan kepada MAIWP untuk mengemukak­an laporan terperinci serta cadangan langkah baharu.

Anwar berkata perkara itu sekali gus boleh menjadi teladan kepada agensi di negeri lain.

“Tanggungja­wab kita (sebagai) generasi penerus ialah memastikan urusan zakat dikendali dengan cermat, sebab itu saya katakan di Pulau Pinang (sebelum ini), bagaimana mungkin kita terima kenyataan, kita kutip begitu banyak wang zakat tetapi masih ada kelompok termiskin yang tak cukup makan, yang tak dapat sediakan uniform anak sekolah, masih tidak diurus.

“Jadi saya berterima kasih kepada MAIWP dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana membantu proses pelaksanaa­n zakat dengan baik bersama agensi lain,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Anwar (tengah) merasmikan Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) 2024 di Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (dua kiri).
— Gambar Bernama RASMI: Anwar (tengah) merasmikan Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) 2024 di Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia