Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA Melaka edar 6,000 kampit beras tempatan di tujuh lokasi pasar tani

- — Bernama

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Melaka akan melaksanak­an jualan 6,000 kampit beras tempatan sebulan secara terus kepada pengguna, di tujuh lokasi pasar tani di negeri itu setiap dua minggu sekali, bermula semalam.

Exco Kemajuan Desa Pertanian dan Keterjamin­an Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tujuh lokasi tersebut melibatkan Pasar Tani Alor Gajah, Masjid Tanah, Lubok Cina, Merlimau, Jasin, Selandar dan Bukit Katil.

“Kerajaan negeri telah berbincang dengan FAMA mengenai perkara ini dan menetapkan penjualan bagi kuota khas beras kampit 10 kilogram (kg) FAMA Melaka di kedai-kedai terpilih seperti yang dilakukan sebelum ini, dihentikan.

“Terdapat beberapa aduan orang ramai mengenai kesukaran mereka mendapatka­n beras di kedai seperti AgroBazaar, dan jualan di pasar tani ini lebih telus dan selain dapat dilihat sendiri pengguna,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Program Jualan Agro MADANI @ Pasar Tani Merlimau di sini semalam.

Dr Muhamad Akmal berkata pada program tersebut, sebanyak 300 kampit beras dijual kepada orang ramai dan diharap dapat memberi ruang kepada pengguna mendapatka­n beras tempatan selain membantu merancakka­n jualan di pasar tani.

Dalam pada itu beliau berkata FAMA menyasarka­n untuk mengadakan 400 Program Jualan Agro MADANI pada tahun ini, bagi membolehka­n pengguna mendapatka­n harga barangan lebih rendah dari pasaran.

Antara promosi ditawarkan ialah sepapan telur ayam dijual dengan harga RM10, set Kombo MADANI iaitu minyak, tepung, gula dan garam berharga RM10, daging segar sekilogram RM35, ayam segar RM6.50 sekilogram dan lain-lain.

“Kita berharap program seumpama ini akan dapat memberi manfaat dan memberi lebih penjimatan kepada orang ramai untuk berbelanja barangan keperluan,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? HARGA RAHMAH: Pengunjung membawa barang keperluan yang dibeli dengan harga murah berbanding harga asal sempena Program Jualan Agro MADANI di Pasar Tani Merlimau di Jasin semalam.
— Gambar Bernama HARGA RAHMAH: Pengunjung membawa barang keperluan yang dibeli dengan harga murah berbanding harga asal sempena Program Jualan Agro MADANI di Pasar Tani Merlimau di Jasin semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia