Utusan Borneo (Sarawak)

Cuaca panas: Penoreh getah beralih menoreh pada waktu malam

- — Bernama

Cuaca panas yang melanda negara khususnya di negeri ini memaksa segelintir penoreh getah bekerja pada waktu malam untuk mendapatka­n hasil pengeluara­n susu getah yang lebih.

Penoreh dari FELDA Laka Selatan di Changlun, Mohd Jamil Shahbidin, 63, berkata suhu panas pada siang hari menyebabka­n pengeluara­n susu getah berkuranga­n sekali gus menjejaska­n pendapatan penoreh.

“Kalau kami menoreh siang, kami mula pada 6 pagi dan selesai pada 9 pagi, kemudian cuaca sudah mula panas, susu getah hanya sempat mengalir dua jam sebelum berhenti menitik.

“Kalau menoreh malam, susu getah dapat terus keluar hingga empat jam, jadi hasil pengeluara­n susu itu lebih lagi berbanding dengan menoreh pada waktu siang,” katanya ketika ditemui di felda berkenaan malam kelmarin.

Mohd Jamil yang juga Pengerusi Biro Ladang di FELDA itu berkata lebih 70 peneroka di situ telah beralih menoreh di ladang getah masing-masing pada waktu malam bagi mendapatka­n hasil yang lebih baik.

“Dalam keadaan cuaca panas sekarang ini, kalau menoreh siang mungkin boleh dapat hasil 700 kilogram getah sebulan, tapi kalau menoreh pada waktu malam, hasil boleh mencapai satu tan sebulan,” katanya.

Bagi seorang lagi penoreh, Rodhi Md Rejab, 47, cuaca panas menyebabka­n daun pokok getah luruh dan menjadikan kawasan ladang getah agak panas apabila matahari mula menyinar.

Keadaan itu, katanya menyebabka­n penoreh tidak mampu menahan terik pada waktu siang dan terpaksa pulang awal walaupun ada pokok yang masih belum ditoreh.

“Kalau menoreh pada waktu siang, jam 9 pagi terpaksa berhenti sebab cuaca terlalu panas, kalau malam kami boleh menoreh lama sikit dan banyak pokok yang boleh ditoreh, hasil pun akan bertambah,” katanya.

Menurut Rodhi kebiasaann­ya penoreh akan ke ladang getah masing-masing selepas waktu isyak atau 10 malam dan selesai menoreh pada jam 2 atau 3 pagi.

Bagi Mohd Nor Hamid, 75, walaupun menoreh pada waktu malam agak berisiko kerana keadaan gelap selain ancaman haiwan liar dan berbisa, dia terpaksa melakukann­ya bagi memperoleh pendapatan.

“Sebelum masuk ke ladang getah kita perlu bersedia, bawa lampu, pakai pakaian sesuai, pakai kasut but, kita juga kena pastikan ladang bersih daripada semak samun,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? KERJA MALAM: Cuaca panas yang melanda negara khususnya di negeri ini memaksa segelintir penoreh getah bekerja pada waktu malam untuk mendapatka­n hasil pengeluara­n susu getah yang lebih. Mohd Jamil berkata suhu panas pada siang hari menyebabka­n pengeluara­n susu getah berkuranga­n sekaligus menjejaska­n pendapatan penoreh.
— Gambar Bernama KERJA MALAM: Cuaca panas yang melanda negara khususnya di negeri ini memaksa segelintir penoreh getah bekerja pada waktu malam untuk mendapatka­n hasil pengeluara­n susu getah yang lebih. Mohd Jamil berkata suhu panas pada siang hari menyebabka­n pengeluara­n susu getah berkuranga­n sekaligus menjejaska­n pendapatan penoreh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia