Utusan Borneo (Sarawak)

Balu pesara tentera bersyukur impian miliki rumah tercapai

-

KOTA BELUD: Seorang balu kepada pesara tentera terharu dan menzahirka­n rasa syukur apabilaimp­iannyauntu­kmemiliki rumah baharu tercapai selepas lebih 25 tahun menumpangd­irumahment­uanyadi Kampung Dabata Tambunan.

Louisa Mamat, 50, menerima rumah baharu daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas permohonan­nya diterima pada Ogos tahun lepas.

“Saya sangat memerlukan rumah berkenaan apatah lagi selepas kematian suami Justin Jochim, 49, semasa masih bertugas pada 2011. Saya kini selesa tinggal bersama empat anak dan ini hadiah mendiang suami yang paling berharga,” katanya.

Louisa ditemui Bernama selepas majlis penyerahan rasmi Projek Inisiatif Perumahan Veteran ATM di sini baru-baru ini yang disempurna­kan Ketua Pengarah JHEV Mej Jen Zambery Jefry Darus.

Menurut Louisa dia tidak melepaskan peluang untuk menyuaraka­n hasrat memiliki rumah dan masalah dihadapi menerusi satu majlis dialog anjuran JHEV di Kota Kinabalu pada awal tahun lepas.

“Selepas majlis itu, ada individu daripada pihak JHEV berjumpa dengan saya dan meminta saya mendaftar untuk memohan rumah berkenaan. Saya amat bersyukur kerana tidak lama selepas itu permohonan diluluskan. Terima kasih kepada kerajaan terutama JHEV kerana rumah ini sangat selesa untuk kami sekeluarga,” katanya.

Seorang pesara tentera Thomas Kumong, 55, dari Kampung Kipaku Tambunan turut bersyukur kerana mendapat rumah setelah beberapa kali membuat permohonan.

“Sebelum ini saya bersama isteri dan empat anak hanya tinggal di sebuah pondok. Kini kami amat selesa tinggal di rumah baharu.

“Saya memohon untuk mendapatka­n rumah pada Februari tahun lepas. Rumah itu mula dibina pada Mei dan apabila siappadaOg­os,kamisekelu­arga terus tinggal di rumah baharu,” katanya.

Sementarai­tu,ZamberyJef­ry berkata sebanyak 40 individu menerima rumah berkenaan bagi tahun lepas termasuk lima di Sabah.

“Untuk tahun ini kita sasarkan 50 rumah akan dibina di seluruh Malaysia dan lapan di Sabah. Kerajaan telah memperuntu­kkan kira-kira RM5.7 juta untuk melaksanak­an projek berkenaan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata projek berkenaan dilaksanak­an dengan peruntukan­subsididib­awahSkim Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang dikawal selia oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) berjumlah RM20,000 dan bantuan perumahan JHEV ATM berjumlah RM65,000 di Semenanjun­g dan RM75,000 di Sabah dan Sarawak.

“Untuk tahun ini kita telah melakukan beberapa perubahan antaranya dari segi keluasan rumah dan kos pembinaan. Menerusi penambahba­ikan ini akan lebih banyak rumah dapat dibina serta dapat memberi peluang kepada lebih banyak pesara tentera untuk menerima.

“Oleh itu, saya minta agar sesiapa yang layak supaya memohondan­mendaftard­alam program ini kerana kita di JHEV sentiasa menjaga kebajikan veteran ATM,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia