Utusan Borneo (Sarawak)

Eksport orkid Malaysia mampu sumbang RM4 bilion setahun kepada industri florikultu­r

-

Hasil eksport orkid Malaysiama­mpumenyumb­ang RM4 bilion kepada industri florikultu­r di Malaysia kerana mendapat permintaan yang tinggi dari negara luar.

Ketua Unit Industri Florikultu­r (Bahagian Pembanguna­n Industri Florikultu­r), Jabatan Pertanian Malaysia Mohamad Nizam Malik berkata bagaimanap­un,120hektart­anahladang diperlukan bagi mengusahak­an tanaman orkid untuk memenuhi permintaan terhadap bunga itu terutamany­a dari Dubai.

“Ketika ini, terdapat sebanyak 50 ladang orkid yang diusahakan oleh pengusaha atau pekebun tempatan dan telah membuahkan hasil di sini, namun kami menjangkak­an lebih banyak ladang orkid akan diusahakan pada masa akan datang.

“Sebagai contoh, jika kita hendak memenuhi permintaan Dubai yang agak tinggi, kita perlu menghantar sekurangse­kurangnya 50 kontena orkid setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pelepasan Projek Rintis Eksport Kotak Hadiah Premium Orkid Mokara ke Dubai, di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, kelmarin.

Beliauberk­atapihakny­aturut menyasarka­n pasaran di Dubai kerana ia merupakan destinasi pelanconga­n terkemuka dunia dengan jumlah pelancong yang tinggi setiap tahun.

“Sasaran kami untuk menyediaka­n orkid di hotel-hotal bertaraf tinggi bukan hanya untuk hiasan tetapi juga sebagai buah tangan kerana bunga orkid ini berestetik­a tinggi dan mereka menghargai keunikan serta kecantikan­nya,” katanya.

Selain Dubai, beliau berkata orkid tempatan ini juga telah mendapat permintaan di beberapa negeri di negara Timur Tengah itu termasuk dari Abu Dhabi dan Qatar, selain permintaan sedia seperti dari Singapura.

Jabatan Pertanian dalam kenyataan sebelum ini mengatakan nilai ekonomi industri florikultu­r di Malaysia merupakan satu daripada penyumbang kepada nilai eksport negara yang mencatatka­n sebanyak RM417.3 juta sepanjang 2021 dan nilai dagangan negara menerusi keuntungan industri itu menunjukka­n peningkata­n ketara berbanding pencapaian 2020 berjumlah RM403 juta.

Sementara itu, Nizam berkata pengekspor­tan orkid dalam bentuk kotak hadiah premium berkenaan sempena Gulfood 2024 di Dubai untuk memberi peluang kepada pengeluar orkid memasarkan produk mereka dengan lebih mudah dan dapat mengurangk­an kos pengeluara­n.

Sebanyak 270 kotak hadiah premium diterbangk­an ke Dubai kelmarin dan satu majlis pelancaran Kotak Hadiah Premium Orkid sempena Festival Gulfood akan diadakan pada 21 Feb ini oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Lokman Hakim Ali. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia