Utusan Borneo (Sarawak)

Mbappe bantu kemenangan 2-0 PSG ke atas Nantes

- Nice. — AFP

Kylian Mbappe masuk dari bangku simpanan dan menyempurn­akan satu penalti ketika Paris SaintGerma­in (PSG) menang 2-0 ke atas Nantes pada Sabtu, selepas kapten skuad kebangsaan Perancis itu memberitah­u kelab minggu ini bahawa dia merancang untuk meninggalk­an kelab pada akhir musim.

Gol Lucas Hernandez membolehka­n PSG memecah kebuntuan pada minit ke60 perlawanan di Stade de la Beaujoire sebelum Mbappe melengkapk­an kemenangan dengan gol penalti selepas dia sendiri dikasari dalam kotak penalti.

PSG kini memiliki kelebihan 14 mata di singgahsan­a Ligue 1 Perancis, dengan rekod kejuaraan liga ke-12 pasti dalam tangan selepas pencabar terdekat, Nice, tewas perlawanan kelima dari sembilan perlawanan pada Jumaat lepas.

Topik perbincang­an utama di Paris ialah tentang masa depan Mbappe, yang memasuki beberapa bulan terakhir bersama kelab juara Perancis itu.

Penyerang berusia 25 tahun itu memberitah­u pegawai kelab bahawa dia mahu meninggalk­an kelab apabila kontraknya tamat dan dijangka akan menyertai kelab gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid.

Ia difahamkan bahawa pemergian Mbappe akan diumumkan secara rasmi dalam beberapa bulan lagi.

“Semuanya berjalan dengan lancar bersama Mbappe, tiada sebarang masalah,” kata jurulatih PSG, Luis Enrique selepas perlawanan.

PSG dipaksa bekerjaker­as tanpa Mbappe, penjaring liga terbanyak, yang menjaringk­an gol ketika menewaskan Real Sociedad 2-0 dalam aksi Liga JuaraJuara dalam pertengaha­n minggu, dengan memulakann­ya di bangku simpanan menentang Nantes.

“Ia sangat mudah tetapi sukar untuk dijelaskan,” kata Luis Enrique mengenai keputusann­ya meletakkan Mbappe di bangku simpanan.

“Selepas perlawanan Liga Juara-Juara dua hari yang lalu, saya fikir kami memerlukan tenaga untuk bermain dengan baik dan ia adalah perlu untuk memberikan masa bermain untuk mereka yang tidak bermain pada Rabu (perlawanan Liga Juara-Juara).

“Kami mempunyai sasaran yang tinggi dan memerlukan semua pemain.”

Nantes mempunyai peluang lebih baik dalam separuh masa pertama, dengan cubaan Mostafa Mohamed berjaya dihadang oleh penjaga gol Gianluigi Donnarumma sebelum cubaan Nicolas Cozza berjaya digagalkan oleh Marquinhos.

Rembatan Nicolas Pallois yang berjaya memasuki pintu gol PSG bagaimanap­un tidak dibenarkan kerana ofsaid sebelum rehat, sebelum satu lagi cubaannya ditepis keluar oleh Donnarumma dalam separuh masa kedua.

PSG mendapat tuah dari gol pertama apabila rembatan Hernandez terkena pemain Nantes, Moussa Sissoko dan mengeliruk­an penjaga gol Remy Deschamps.

Mbappe dimasukkan bersama-sama Ousmane Dembele dan Achraf Hakimi dan tidak memerlukan banyak masa untuk memberi impak.

Dia dikasari Douglas Augusto dalam kotak penalti dan menyempurn­akan gol liga ke-21 dalam 20 perlawanan musim ini, sekali gus melanjutka­n rekod tanpa kalah PSG di tempat lawan kepada 18 perlawanan.

Pada perlawanan lain, Jonathan David menjaringk­an hatrik ketika Lille menewaskan Le Havre 3-0 untuk naik ke tangga ketiga liga, satu mata di belakang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia