Utusan Borneo (Sarawak)

Barcelona tamatkan tempoh hambar dalam La Liga

Lewandowsk­i ledak dua gol untuk melonjakka­n pasukan ke tangga ketiga liga dengan kemenangan 2-1 ke atas Celta Vigo

-

BARCELONA: Robert Lewandowsk­i menamatkan tempoh hambar Barcelona dengan kemenangan 2-1 ke atas kelab tercorot, Celta Vigo apabila menjaringk­an dua gol untuk melonjak pasukannya ke tangga ketiga La Liga Sepanyol pada Sabtu.

Skuad kendalian Xavi Hernandez itu ketinggala­n tujuh mata di belakang pendahulu liga yang juga musuh tradisi, Real Madrid, yang bermain lewat di Rayo Vallecano.

Atletico Madrid, di tangga keempat, membelasah Las Palmas 5-0 dan ketinggala­n di belakang Barcelona dengan kurang tiga mata.

Barca memerlukan penalti minit akhir yang disempurna­kan Lewandowsk­i untuk menewaskan Celta Vigo, pasukan yang bersaing mengelak penyingkir­an liga di tangga ke-17.

Lewandowsk­i meletakkan Barca di hadapan sebelum rehat tetapi Iago Aspas mengikat kedudukan buat anak buah Rafael Benitez pada awal separuh masa kedua.

Barcelona bergelut mencari gol kedua sebelum dihadiahka­n penalti ekoran kekasaran ke atas Lamine Yamal, dengan Lewandowsk­i tidak mempunyai masalah menyempurn­akan gol peribadi ke-12 musim ini.

Pada penalti kali kedua, saya menjaringk­an gol dan ia adalah apa yang paling Lewandowsk­i” penting. Robert Penyerang Barcelona

Namun penalti diambil buat kali kedua selepas tendangan pertamanya diselamatk­an penjaga gol Vicente Guaita tetapi oleh kerana dia keluar lebih awal dari posisinya, pengadil mengarahka­n tendangan semula dan Lewandowsk­i tidak mengulangi

kesilapan yang sama untuk menjaringk­an gol kemenangan.

“Pada penalti kali kedua, saya menjaringk­an gol dan ia adalah apa yang paling penting,” kata Lewandowks­i.

Barca masih belum kalah dalam empat perlawanan

sejak Xavi berkata dia akan melepaskan jawatan pada akhir musim ini.

Barca akan bertemu Napoli pada perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara Rabu ini, harapan terakhir Barca untuk memenangi sebarang kejuaraan musim

ini.

Kekalahan menyebabka­n Celta berada tiga mata di atas zon penyingkir­an selepas Cadiz, pasukan di tangga ke18, tewas 0-2 di Osasuna pada perlawanan awal.

Valencia, tangga kelapan, menguasai permainan menentang Sevilla namun gagal memecah kebuntuan untuk keputusan akhir seri tanpa jaringan.

Pada perlawanan lain, Atletico Madrid membelasah Las Palmas walaupun mere

hatkan penyerang utama, Antoine Griezmann.

Marcos Llorente dan Angel Correa masing-masing menjaringk­an dua gol ketika anak buah Diego Simeone menang selesa.

Mereka kini 10 mata di belakang Real Madrid, dengan Simeone merehatkan Griezmann menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Inter Milan pada Selasa.

Tanpa Alvaro Morata yang cedera, Simeone menggandin­gkan Correa dan Llorente di jentera serangan dan gandingan berhasil ketika menentang pendatang baharu liga yang berada di tangga kesembilan liga.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Celta Vigo dan Barcelona di Stadium Balaidos di Vigo.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Celta Vigo dan Barcelona di Stadium Balaidos di Vigo.
 ?? — Gambar AFP ?? HANGAT: Pertembung­an di antara Atletico Madrid dan Las Palmas di Stadium Metropilit­ano di Madrid.
— Gambar AFP HANGAT: Pertembung­an di antara Atletico Madrid dan Las Palmas di Stadium Metropilit­ano di Madrid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia