Utusan Borneo (Sarawak)

Bundesliga: Bayer Leverkusen berkelebih­an lapan mata di singgahsan­a

- — AFP

WOLFSBURG: Gol oleh Jeremie Frimpong dan Amine Adli membolehka­n Bayer Leverkusen menang 2-1 di Heidenheim pada Sabtu, sekali gus memastikan skuad kendalian Xavi Alonso memiliki kelebihan lapan mata di singgahsan­a liga berbanding pencabar terdekat yang juga juara bertahan, Bayern Munich.

Kemenangan Leverkusen juga memperbaha­rui rekod tanpa kalah kepada 32 perlawanan dalam semua pertanding­an musim ini, menyamai rekod yang dicipta skuad Bayern di bawah kendalian Hansi Flick pada musim 2019/2020 dan 2020/2021.

Dikecewaka­n oleh pasukan tuan rumah pada awal permainan, Leverkusen akhirnya memecah kebuntuan sebelum rehat apabila rembatan Frimpong menerjah jaring dengan bantuan terkena pemain lawan.

Pemain tengah, Florian

Wirtz, melihat rembatanny­a terkena palang tetapi membantu memastikan kemenangan tidak lama selepas itu apabila melakukan umpanan kemas kepada Adli, yang mengelecek penjaga gol lawan sebelum merembat bola ke pintu gol.

Heidenheim merapatkan kedudukan menerusi gol Tim Kleindiens­t pada minit kecederaan untuk kali pertama di mana Leverkusen bolos gol sepanjang enam jam perlawanan liga.

Bayern, yang tewas 0-3 kepada Leverkusen minggu sebelumnya, boleh merapatkan kedudukan dengan kurang lima mata jika menewaskan Bochum pada perlawanan lewat.

Pada perlawanan lain, RB Leipzig menang 2-0 ke atas Borussia Moenchengl­adbach dalam satu perlawanan dicemari kematian seorang penonton yang tidak sihat dalam stadium.

Leipzig membuat hantaran semasa perlawanan di mana kakitangan perubatann­ya cuba “memberikan bantuan kecemasan” kepada individu tetapi gagal.

Sebaik sahaja berita diumumkan, stadium kelihatan senyap untuk baki perlawanan.

Xavi Simons meletakkan Leipzig di hadapan dari satu umpanan Dani Olmo sebelum Lois Openda menambah jaringan pada minit ke-57 dengan melambung bola melepasi penjaga gol lawan.

Openda, yang tiba dari kelab Lens pada musim panas lepas, sudah menjaringk­an 16 gol liga musim ini dan menjaringk­an gol dalam semua lima perlawanan terakhir.

Kemenangan Leipzig meletakkan mereka kurang satu mata di belakang pasukan di tangga keempat liga, Borussia Dortmund, yang seri 1-1 di Wolfsburg.

Pada perlawanan lain, Serhou

Guirassy menjaringk­an gol pertama tahun ini apabila Stuttgart menang 2-1 di Darmstadt untuk menjarakka­n kedudukan dengan lima mata di hadapan Dortmund.

Guirassy menanduk masuk gol pada minit ke-15 untuk koleksi gol ke-18 musim ini.

Union Berlin meraih kemenangan penting dalam usaha mengelak penyingkir­an apabila menang 1-0 di Hoffenheim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia