Utusan Borneo (Sarawak)

Swiatek menangi aksi Terbuka Qatar

-

Pemain nombor satu wanita dunia, Iga Swiatek, memenangi kejohanan Terbuka Qatar untuk kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Elena Rybakina 7-6(10/8) dan 6-2 di final pada Sabtu.

Swiatek menjadi pemain pertama yang memenangi tiga kejuaraan berturut-turut pada kejohanan WTA yang sama sejak Serena Williams memenangi tiga kejuaraan berturut-turut di Terbuka Miami dari 2013-2015.

“Anda tidak tahu betapa sukar untuk tidak memikirkan tentang rekod itu,” kata

Swiatek, yang memperbaha­rui rekodnya di Doha kepada 13-1 sejak penampilan sulung pada 2020.

“Saya datang ke sini dan agak tertekan kerana saya merasai jangkaan. Saya mahu melakukan segala-galanya dengan berhati-hati seperti yang saya sentiasa lakukan. Saya berasa sangat gembira dan sangat bangga dengan diri saya.”

Ia adalah kejuaraan ke-18 dalam karier Swiatek, tetapi kejuaraan pertamanya tahun ini. Satu-satu kekalahan dari 23 perlawanan tahun ini ialah kepada pemain remaja Republik

Czech, Linda Noskova di pusingan ketiga Terbuka Australia.

Rybakina gagal dalam usaha untuk memenangi kejuaraan ketiga tahun ini, selepas jaguh dari Kazakhstan itu memenangi kejuaraan di Abu Dhabi minggu lepas dan di Brisbane pada awal bulan Januari.

“Saya bersaing sehingga ke akhirnya,” kata Rybakina, yang menewaskan Swiatek dalam tiga pertemuan tahun lepas.

“Tahniah kepada Iga untuk satu minggu yang hebat.”

Swiatek, yang menerima laluan percuma ke final pada

Jumaat apabila lawannya, Karolina Pliskova menarik diri kerana kecederaan di separuh akhir, melangkah ke final selepas memenangi 21 set terakhirny­a pada kejohanan ini.

Bagaimanap­un, dia bermula buruk apabila ketinggala­n 1-4 pada satu ketiga

Rybakina, pemain pilihan ketiga kejohanan, tiba-tiba menerima rawatan perubatan apabila secara tidak sengaja raketnya menyebabka­n luka di kakinya ketika melakukan servis, sekali gus menjejaska­n rentak permainan cemerlangn­ya.

 ?? — Gambar AFP ?? KEJUARAAN KETIGA: Swiatek menjulang trofi kemenangan selepas menundukka­n Rybakina pada final tenis wanita Kejohanan Terbuka Qatar di Doha.
— Gambar AFP KEJUARAAN KETIGA: Swiatek menjulang trofi kemenangan selepas menundukka­n Rybakina pada final tenis wanita Kejohanan Terbuka Qatar di Doha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia