Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool duduki tangga teratas carta

The Reds menang 4-1 ke atas Brentford, harapan Manchester City pertahan kejuaraan terjejas apabila seri 1-1 dengan Chelsea

- Park. — AFP

LONDON: Mohamed salah kembali dengan satu gol ketika pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool membelasah Brentford 4-1 walaupun dengan masalah kecederaan sementara harapan Manchester City mempertaha­nkan kejuaraan terjejas sedikit apabila diikat 1-1 oleh Chelsea pada Sabtu.

Arsenal juga menang besar apabila membelasah Burnley 5-0 untuk terus memberi tekanan ke atas Liverpool, yang memiliki kelebihan dua mata di hadapan untuk kekal di tangga kedua dan empat mata di hadapan City yang berada di tangga ketiga.

Salah masuk dari bangku simpanan untuk menggantik­an Diogo Jota yang mengalami kecederaan, untuk penampilan pertama bersama Liverpool sejak kemenangan ke atas Newcastle United pada Tahun Baharu.

Selepas kembali dari kecederaan yang dialami ketika beraksi bersama Mesir dalam Piala Negara Afrika, Salah menebus kehilangan masa dengan gol pertamanya bersama Liverpool sejak perlawanan menentang Newcastle.

Gol peribadi ke-19 dalam semua pertanding­an musim ini buat penyerang berusia 31 tahun itu meletakkan Liverpool di landasan kemenangan keenam dari tujuh perlawanan liga terakhir.

Darwin Nunez meletakkan Liverpool di hadapan dengan lambungan cantik pada lewat separuh masa pertama perlawanan di Stadium Gtech Community.

Alexis Mac Allister menambah jaringan selepas rehat untuk gol keduanya

musim ini.

Ivan Toney merapatkan kedudukan buat Brentford tetapi Cody Gakpo menambah lagi gol buat Liverpool pada lewat permainan.

Ketika kemenangan sangat berharga buat pengurus kelab, Jurgen Klopp, ia hadir dengan masalah kecederaan terbaharu apabila Nunez, Jota dan Curtis Jones adalah pemain terbaharu yang mengalami kecederaan dalam separuh masa pertama.

“Mo bermain perlawanan pertama sejak beberapa minggu. Dia boleh menjaringk­an hatrik. Gol yang dia jaringkan sememangny­a

hebat,” kata Klopp.

“Ia pastinya membantu jika kami mempunyai lebih ramai pemain dalam setiap posisi. Tetapi itulah situasi ketika dan kami tidak dapat mengubahny­a.”

Harapan Manchester City untuk memenangi kejuaraan liga buat kali keempat berturut-turut terjejas selepas satu keputusan mengecewak­an di Stadium Etihad.

Chelsea membuka jaringan pada minit ke-41 menerusi gol bekas pemainnya, Raheem Sterling, yang menyempurn­akan hantaran Nicola Jackson.

City mengasak pintu gol

Chelsea selepas itu dan akhirnya mengikat kedudukan pada minit ke-83 apabila rembatan Rodri terkena pertahanan Chelsea, Trevoh Chalobah dan masuk ke pintu gol.

Skuad kendalian Pep Guardiola, yang kurang satu perlawanan berbanding Liverpool, mengekalka­n rekod tanpa kalah yang agak lama di tempat sendiri tetapi gagal meraih kemenangan buat kali pertama dari 12 perlawanan dalam semua pertanding­an dan ia dianggap keputusan mengecewak­an berdasarka­n kedudukan Chelsea dalam liga ketika ini.

Kecewa dengan kegagalan Erling Haaland menyempurn­akan peluang, Guardiola berkata: “Saya bermain 11 tahun dan menjaringk­an 11 gol, jadi saya tidak dapat memberikan banyak nasihat kepada Erling. Perlawanan seterusnya, dia akan menjaringk­an gol.”

“Dalam separuh masa pertama, kami tidak bermain dengan baik dan ia adalah apa yang harus kami perbaiki.”

Di Turf Moor, Arsenal meraih kemenangan kelima berturut-turut dengan satu lagi gambaran kekuatan jentera seranganny­a.

Anak buah Mikel Arteta sudah menewaskan Liverpool dan membelasah West Ham United 6-0 dalam keputusan paling mencuri perhatian sejak menjalani kem latihan di Dubai.

Dan mereka ternyata terlalu bagus buat Burnley, pasukan di tangga kedua dari bawah liga apabila Martin Odegaard membuka jaringan seawal minit keempat hasil umpanan Gabriel Martinelli.

Bukayo Saka menyempurn­akan

penalti minit ke-41 untuk menambah jaringan ekoran kekasaran oleh Lorenzo Assignon ke atas Leandro Trossard.

Saka menjaringk­an gol kedua peribadi dua minit selepas rehat hasil umpanan Odegaard, sebelum Trossard menjaringk­an gol dari jarak dekat pada mini tke-66 dan Kai Havertz melengkapk­an jaringan ketika berbaki 12 minit permainan.

Impian Tottenham Hotspur memburu empat tangga teratas liga tersentak apabila Joao Gomes menjaringk­an dua gol untuk membolehka­n Wolves menang 2-1.

Pada perlawanan lain, Aston Villa mengambil sepenuh peluang dari kekalahan Tottenham untuk kembali ke tangga keempat liga dengan kemenangan 2-1 di Fulham.

Nottingham Forest menewaskan West Ham 2-0 di City Ground untuk meningkatk­an lagi peluang mengelak penyingkir­an sementara Newcastle United hanya seri 2-2 dengan Bournemout­h di St James’

“Mo bermain perlawanan pertama sejak beberapa minggu. Dia boleh menjaringk­an hatrik. Gol yang dia jaringkan sememangny­a ” hebat. Juergen Klopp Pengurus Liverpool

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI RANCAK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Brentford dan Liverpool di Stadium Gtech Community di London.
— Gambar AFP AKSI RANCAK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Brentford dan Liverpool di Stadium Gtech Community di London.
 ?? — Gambar AFP ?? PERTEMBUNG­AN LASAK: Pertemuan di antara Man City dan Chelsea di Stadium Etihad.
— Gambar AFP PERTEMBUNG­AN LASAK: Pertemuan di antara Man City dan Chelsea di Stadium Etihad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia