Utusan Borneo (Sarawak)

RUU penubuhan Lembaga Pelabuhan Sarawak dibentang pada Mei

-

Rang UndangUnda­ng (RUU) berkaitan penubuhan Lembaga Pelabuhan Sarawak akan dibentangk­an pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei depan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Lembaga Pelabuhan Sarawak akan berfungsi sebagai pihak berkuasa pelabuhan yang mengurus serta mengawal selia semua pelabuhan di Sarawak termasuk Pelabuhan Bintulu.

“Bagi membolehka­n penubuhan pihak berkuasa pelabuhan berpusat (Central Port Authority) ini, kita akan cadangkan undang-undang pada Persidanga­n DUN Mei depan.

“Undang-Undang (RUU) ini akan dibentangk­an oleh

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku menteri bertanggun­gjawab,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 Jabatan Premier Sarawak di sini, semalam.

Abang Johari menambah dengan adanya pihak berkuasa berpusat itu, Sarawak mengawal selia sendiri semua pelabuhan di negeri ini termasuk Pelabuhan Bintulu yang dijadual pengambila­hannya oleh kerajaan negeri pada Jun 2024.

Beliau juga menambah, penubuhan pihak berkuasa pelabuhan berpusat itu telah pun dibincang dengan kerajaan persekutua­n.

“Apapun kita mesti menubuhkan undang

undang terlebih dahulu untuk menubuhkan pihak berkuasa pelabuhan berpusat ini dan dengan undang-undang ini juga kita boleh menyelia

pelabuhan-pelabuhan di Sarawak termasuk Pelabuhan Bintulu,” jelasnya.

Kenyataan bersama Uggah dan Menteri Pengangkut­an

Malaysia Anthony Loke barubaru ini, menyatakan kerajaan persekutua­n bersetuju menyerahka­n Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak berkuat kuasa Jun nanti.

Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut dicapai pada mesyuarat Jawatankua­sa Bersama Persekutua­n-Negeri di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini, pada 8 Januari 2024.

Mesyuarat berkenaan dipengerus­ikan bersama oleh Uggah dan Loke.

Dalam kenyataan bersama itu, kerajaan persekutua­n dan Kerajaan Sarawak memaklumka­n, Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia akan membentang­kan Rang Undang-Undang pemansuhan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 pada Sesi

Persidanga­n Parlimen 2024.

Semasa Persidanga­n DUN Mei tahun lalu, Uggah memberitah­u dewan bahawa Sarawak akan mempunyai pihak berkuasa pelabuhan berpusat bagi menyelia operasi pelabuhanp­elabuhan yang terletak di Kuching, Rajang, Miri, Tanjung Manis dan Samalaju.

Menurut Uggah langkah itu adalah langkah penstruktu­ran semula dan pihak berkuasa itu akan dikenali sebagai Lembaga Pelabuhan Sarawak.

“Pihak berkuasa pelabuhan negeri sekarang, yang terdiri daripada Kuching, Rajang, Miri, Tanjung Manis dan Samalaju, akan menjalani penstruktu­ran semula bagi memastikan peralihan yang lancar ke dalam entiti baharu yang dikenali sebagai Lembaga Pelabuhan Sarawak,” jelas Uggah.

 ?? — Gambar UKAS ?? REAKSI: Abang Johari ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 Jabatan Premier Sarawak di Atrium DUN Sarawak semalam.
— Gambar UKAS REAKSI: Abang Johari ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 Jabatan Premier Sarawak di Atrium DUN Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia