Utusan Borneo (Sarawak)

Detik bersejarah bagi Lun Bawang

Bekas Ahli Parlimen Bukit Mas Datuk Mutang Tagal dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20 semalam.

-

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Bukit Mas Datuk Mutang Tagal dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20 semalam.

Pelantikan itu sekali gus menjadikan Mutang yang berasal dari Lawas, Sarawak, mencipta sejarah tersendiri, menjadi pemimpin pertama dari etnik Lun Bawang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

Mutang menggantik­an Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletak jawatan susulan dilantik sebagai Yang diPertua Negeri Sarawak pada 26 Januari lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukak­an nama Mutang, yang juga calon tunggal sebagai cadangan nama ahli untuk dipilih pada Mesyuarat Khas Penggal Kedua Parlimen ke-15 Dewan Negara semalam.

“Beliau merupakan anak jati negeri Sarawak berasal daripada etnik Lun Bawang. Ini adalah satu pelantikan bersejarah dan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam mengiktira­f dan memastikan suara, pandangan dan perwakilan daripada semua kalangan rakyat, termasuk Orang Ulu di Parlimen.

“Beliau adalah seorang pengamal undang-undang dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Rakyat selama dua penggal. Sesungguhn­ya beliau mempunyai pengalaman yang amat luas,” katanya.

Cadangan itu disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk

Seri Azalina Othman Said.

Terdahulu, Mutang yang memiliki latar belakang sebagai pengamal undangunda­ng dan kini aktif dalam perniagaan, mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Mutang, 69, yang pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990, memiliki Master of Business Administra­tion (MBA) dari Curtin University dan kini menyandang beberapa jawatan, antaranya Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI).

Beliau juga merupakan Penasihat Undang-undang Persatuan Lun Bawang Sarawak dan Naib Presiden Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF).

Sementara itu Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara dalam kenyataan memaklumka­n pelantikan Mutang sebagai Ahli Dewan Negara adalah bagi tempoh tiga tahun bermula 15 Februari 2024 hingga 14 Februari 2027.

Menurut kenyataan itu, lantikan beliau merupakan lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ANGKAT SUMPAH: Mutang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara, semalam.
— Gambar Bernama ANGKAT SUMPAH: Mutang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia