Utusan Borneo (Sarawak)

Bunuh dua rakan sekerja, lelaki dipenjara 30 tahun

- Dari Muka 1

Untuk kedua-dua kesalahan itu, mahkamah menetapkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara 30 tahun.

Selain disabitkan atas kesalahan membunuh, tertuduh juga dijatuhi hukuman penjara empat tahun selepas mengaku bersalah mengikut pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mencederak­an kapten kapal Ngu Swee Hook, 52, menggunaka­n sebilah parang dalam kejadian sama.

Seksyen berkenaan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan manamana keseksaan tersebut jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanap­un mengarahka­n kesemua hukuman penjara dijalankan secara serentak berkuat kuasa dari tarikh tangkap iaitu pada 16 Ogos 2021.

Fakta kes mendedahka­n tertuduh menghampir­i pengawal keselamata­n pada hari kejadian dan menyuruh lelaki tersebut menghubung­i pihak polis.

Tiga puluh minit kemudian, polis datang dan membawa tertuduh ke balai.

Tertuduh kemudian membuat laporan polis yang menyatakan bahawa dia telah menyerang tiga lelaki menggunaka­n sebilah parang ketika mereka sedang tidur.

Hasil siasatan mendapati tertuduh menyerang kapten kapal (Swee Hook) menggunaka­n sebilah parang di bilik utama kapal berkenaan hingga menyebabka­n mangsa cedera parah.

Tertuduh kemudianny­a keluar dari bilik berkenaan menuju ke bilik anak kapten bernama Yu Soon dan anak saudaranya Jing Soon lalu menetak kedua-dua mangsa hingga mati.

Difahamkan, mangsa yang baru bekerja selama enam bulan di kapal tersebut dikatakan bertindak demikian setelah berasa tidak berpuas hati akibat sering dibuli oleh dua rakan sekerjanya.

Kes dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Danial Mohamad Ali sementara tertuduh diwakili peguam bela Ranbir Singh.

Turut terlibat sama dalam menguruska­n kes tersebut adalah Pegawai Protokol dan Seksyen Konsul dari Konsulat Jeneral Republik Indonesia, Kuching Alexandri Legawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia