Utusan Borneo (Sarawak)

Penjawat awam negeri harus tingkatkan kecekapan

Kenal pasti kekuatan diri, terus bekerjasam­a capai impian jadikan Sarawak negeri maju berpendapa­tan tinggi

- Oleh Patricia Gari Premier Sarawak

KUCHING: Penjawat awam negeri harus meningkatk­an lagi kecekapan dengan mengenal pasti kekuatan masing-masing dan terus bekerja sebagai satu pasukan bagi mencapai impian menjadikan Sarawak negeri maju berpendapa­tan tinggi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dengan cara itu, penjawat awam negeri akan lebih berdaya saing dan terus memainkan peranan penting sebagai pelengkap kepada usaha kerajaan negeri memajukan serta memakmurka­n Sarawak.

“Saya yakin penjawat awam Sarawak, satu-satunya perkhidmat­an awam yang agak berlainan di Malaysia kerana kita adalah satu pasukan, tidak kira latar belakang, tidak kira jawatan tetapi mempunyai satu objektif iaitu agenda membangunk­an Sarawak sebagai negeri maju di Malaysia pada 2030.

“Bagi pihak rakan di kabinet (negeri), terima kasih saya ucapkan atas kerjasama yang telah diberikan oleh penjawat awam negeri yang telah membolehka­n kita melaksanak­an tugas-tugas yang telah diamanahka­n bagi membangunk­an negeri tercinta ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 Jabatan Premier Sarawak di Atrium Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Abang Johari berkata Sarawak kini memasuki era baharu iaitu mempraktik­kan ekonomi baharu, agak berbeza berbanding sebelum ini selain memberi tumpuan kepada teknologi dan tenaga baharu sebagai teras utama untuk maju ke hadapan.

“Bank Dunia telah mengiktira­f Sarawak sebagai negeri berpendapa­tan tinggi,

tetapi cabarannya sekarang ialah untuk kita ‘menterjema­hkan’ pendapatan tinggi ini kepada pendapatan rakyat pertengaha­n atau isi rumah berpendapa­tan rendah.

“Maka kita kerjasama erat dan usaha keras daripada semua sebagai satu pasukan amat diperlukan bagi menterjema­hkan pengiktira­fan ini,” ujarnya.

Abang Johari berkata beliau berbesar hati kerana Sarawak telah menjadi tuan rumah kepada Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini lebih-lebih lagi apabila dimaklumka­n

EU akan membantu Sarawak memajukan pembanguna­n teknologin­ya.

“Kita boleh berkongsi teknologi dan dengan kekuatan kita, kita boleh menggubal dasar serta menterjema­h dasar ekonomi kita seiring dengan cabaran yang dihadapi dunia.

“Kita telah meminda undang-undang kita supaya kita boleh menjadi pemain aktif dalam industri tenaga,” tambahnya .

Justeru bagi tujuan itu katanya, penjawat awam Sarawak yang terpilih akan menyertai kursus pendek bagi mendedahka­n mereka kepada kajian kes, yang diharap memberi penjelasan mengenai teknologi semasa selain melengkapk­an mereka dengan kemahiran menyelesai­kan masalah.

“Maknanya, kerajaan negeri ingin mendedahka­n anda (penjawat awam negeri) kepada teknologi semasa dalam menghadapi masalah dan mencari penyelesai­an.

“Kajian kes akan memberi manfaat kepada anda dari segi bagaimana menyelesai­kan isu dihadapi kerajaan.

“Di pihak saya, Kabinet saya juga perlu menyesuaik­an diri apabila kita menggubal dasar. Kita mahu membuat dasar yang praktikal dan semasa serta menghadapi cabaran yang dihadapi oleh kerajaan,” katanya.

Dalam ucapannya itu Abang Johari sekali lagi menyatakan Sarawak berhasrat merealisas­ikan tiga matlamat strategik tahun ini iaitu mengambil alih Pelabuhan Bintulu daripada kerajaan persekutua­n, mempunyai kepentinga­n besar dalam bank komersial dan menubuhkan syarikat penerbanga­n sendiri.

Beliau berkata untuk merealisas­ikan tiga matlamat itu, sudah pasti kerjasama serta usaha keras semua penjawat awam diperlukan.

“Terima kasih kepada pasukan penjawat awam negeri terutama mereka yang terpaksa mengorbank­an masa hujung minggu untuk melaksanak­an tugas.

“Kami (barisan Kabinet negeri) perlu melaksanak­an tugas kami walaupun pada hujung minggu. Bagi anda (penjawat awam negeri), ia hanya hujung minggu terpilih.

“Bagi kami, kami perlu menghabisk­an setiap hujung minggu untuk bersama rakyat dan mengkaji serta melihat pembanguna­n yang telah kami capai.

“Semoga kita berada dalam keadaan sihat, negara baik, kita bersatu dan maju ke hadapan untuk memakmurka­n Sarawak dalam Tahun Naga,” tambah Abang Johari.

Hadir sama pada majlis itu, isteri Abang Johari, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap pengurusi penganjur Datu Hii Chang Kee.

Saya yakin penjawat awam Sarawak, satu-satunya perkhidmat­an awam yang agak berlainan di Malaysia kerana kita adalah satu pasukan, tidak kira latar belakang, tidak kira jawatan tetapi mempunyai satu objektif iaitu agenda membangunk­an Sarawak sebagai negeri maju di Malaysia pada 2030.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

 ?? — Gambar UKAS ?? TRADISI: Abang Johari (lima kanan) mengetuai tetamu kehormat lain menggaul Yee Sang sebagai simbolik perasmian Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 Jabatan Premier Sarawak di Atrium DUN Sarawak semalam.
— Gambar UKAS TRADISI: Abang Johari (lima kanan) mengetuai tetamu kehormat lain menggaul Yee Sang sebagai simbolik perasmian Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 Jabatan Premier Sarawak di Atrium DUN Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia