Utusan Borneo (Sarawak)

SUKMA penanda aras sebelum jadi ‘tuan rumah’ Sukan SEA: Karim

-

Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI 2024 akan menjadi penanda aras sebelum Sarawak menjadi ‘tuan rumah’ untuk Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) selepas ini, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan itu bagaimanap­un memberitah­u, buat masa ini, pihaknya memberi tumpuan terlebih dahulu untuk menjayakan SUKMA XXI di Sarawak tahun ini.

Menurutnya, sekiranya SUKMA dapat dilaksanak­an dalam keadaan terbaik, perkara mengenai Sukan SEA untuk dianjurkan di Sarawak akan dibincang dengan kerajaan pusat.

“Ia supaya Sukan SEA yang selepas Thailand nanti, akan diadakan di Malaysia dan kita akan meminta (Sukan SEA) diadakan di Sarawak

“Oleh sebab itu, SUKMA ini menjadi penanda aras bagaimana kita efisien dan cekap untuk Sarawak menjadi penganjur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurn­akan Road To SUKMA Sarawak XXI 2024 di Auditorium Muzium Budaya Borneo di sini, semalam.

Untuk itu, jelasnya tiada masalah sekiranya SUKMA ini berjalan lancar dan seterusnya diberi peluang untuk menjadi penganjur Sukan SEA nanti.

Bagi persiapan SUKMA, Abdul Karim memberitah­u, aktiviti menaik taraf dan persediaan atlet dalam keadaan lancar.

“Tiap-tiapvenues­ukanyang digunakan untuk pertanding­an acara SUKMA telah dinaik taraf dan apa yang saya tahu ia telah menelan belanja lebih RM100 juta.

“Bagi pembinaan velodrom, kita telah membawa pelan kepada Premier (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dan ia telah diluluskan, namun pembinaann­ya akan dilaksanak­an selepas SUKMA,” ujarnya.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Awang Putrayusri­e Awang Redzuan dan tetamu jemputan yang lain.

 ?? ?? IKRAR: Abdul Karim turut menyertai bacaan ikrar SUKMA Sarawak semasa menyempurn­akan Road To SUKMA Sarawak XXI 2024 di Auditorium Muzium Budaya Borneo semalam.
IKRAR: Abdul Karim turut menyertai bacaan ikrar SUKMA Sarawak semasa menyempurn­akan Road To SUKMA Sarawak XXI 2024 di Auditorium Muzium Budaya Borneo semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia