Utusan Borneo (Sarawak)

Delta Sarawak disasar jadi UNESCO Global Geopark menjelang 2026

- KUCHING:KerajaanSa­rawak

menyasarka­n Delta Sarawak diiktiraf sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp) menjelang 2026.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penilaian sedang dijalankan untuk menentukan sama ada Delta Sarawak, geopark negara keenam di negara ini, mempunyai nilai antarabang­sa.

“Pakar-pakar ada di sini dan mereka sedang menilai aset kita sebagai sebahagian daripada Geopark.

“Jika berjaya, kita boleh berhubung dengan kawasan lain yang juga telah diisytihar­kan sebagaiUGG­p,”katanyaket­ika berucap pada Majlis Perasmian Hotel Sheraton Kuching di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, isterinya Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dan pemilik Hotel Sheraton Kuching Tan Sri Yee Ming Seng.

Abang Johari berkata salah satu kawasan yang menjadi tumpuan Sarawak adalah Pulau Jeju di Korea Selatan, sebuah UGGp yang diiktiraf kerana kepelbagai­an formasi gunung berapi dan sumber geologinya.

“Jadi apa yang kita lakukan,

kita akan menghubung­kan Kuching dengan Pulau Jeju supayapada­musimsejuk,mereka boleh datang ke Kuching untuk menikmati Geopark di sini.

“Sebab itu kita memerlukan syarikat penerbanga­n sendiri supaya kita boleh mempunyai penerbanga­n terus dari Korea Selatan ke Kuching, dari Jepun ke Kuching serta destinasi ASEAN yang lain,” katanya.

Selain Delta Sarawak, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak juga sedang melabur untuk menaik taraf Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

“Kita kini dalam peringkat akhir penyerahan dan jika berjaya, ini akan menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO kedua Sarawak dan sekali gus menarik lebih ramai pelancong datang selain Taman Negara Mulu. Mereka akan dapat mengetahui­lebihlanju­ttentang sejarah penting Gua Niah.

“Inilah yang Kerajaan

Sarawak lakukan dan kita melaburkan dana untuk menyediaka­n kemudahan mampu milik di Niah,” katanya.

Beliau berkata, pelaburan Kerajaan Sarawak dalam merancakka­n sektor pelanconga­n negeri adalah selaras dengan usaha untuk mewujudkan kesedaran mengenai Sarawak yang seterusnya akan menarik lebih ramai pelancong datang melawat negeri ini.

Selain tarikan pelancong, beliau berkata negeri ini juga telah berjaya menganjurk­an banyak konvensyen dan acara perniagaan.

“Kita mempunyai tiga konvensyen antarabang­sa yang akan datang termasuk Kongres dan Pameran Air Dunia. Ini akan membawa hampir 10,000 peserta.

“Kita perlu menyediaka­n penginapan untuk peserta yang menghadiri konvensyen dan acara perniagaan di sini

dan memandangk­an mereka kebanyakan­nya ahli perniagaan dan pemimpin korporat, mereka memerlukan penginapan berkualiti.

“Saya gembira kerana kita kini mempunyai Hotel Sheraton Kuching yang akan menyediaka­n penginapan berkualiti kepada pelancong perniagaan yang datang ke sini,” katanya.

Abang Johari optimis Hotel Sheraton Kuching mampu menawarkan nilai tambah kepada sektor pelanconga­n negeri.

“Saya difahamkan bahawa pengurusan hotel berada di bawah Marriott Internatio­nal, sebuah kumpulan pengurusan terkenal yang telah menguruska­n hotel di peringkat antarabang­sa.

“Saya berharap melalui hubungan dan rantaian mereka, kumpulan itu dapat membawa lebih ramai pelancong dan menikmati layanan rakyat Sarawak,” tambah beliau.

 ?? — Gambar UKAS ?? SIMBOLIK: Abang Johari menandatan­gani plak pembukaan Hotel Sheraton Kuching sambil disaksikan Uggah (empat kanan), Dr Sim (empat kiri), Dr Rundi (dua kiri), Abdul Karim (kanan), Fatimah (tiga kiri), Lee (kiri), Yee (lima kiri) dan tetamu yang lain.
— Gambar UKAS SIMBOLIK: Abang Johari menandatan­gani plak pembukaan Hotel Sheraton Kuching sambil disaksikan Uggah (empat kanan), Dr Sim (empat kiri), Dr Rundi (dua kiri), Abdul Karim (kanan), Fatimah (tiga kiri), Lee (kiri), Yee (lima kiri) dan tetamu yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia