Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 50 hadir memeriahka­n Rumah Terbuka Yayasan Hidayah Centre

-

Lebih 50 orang hadir memeriahka­n Rumah Terbuka Yayasan Hidayah Centre Cawangan Sibu sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di Perpustaka­an Awam Sibu di sini semalam.

Penasihatn­ya Nasyitah Abdullah berkata, majlis itu bagi memperkena­l konsep masyarakat Islam kepada bukan Islam khususnya penduduk Cina Sibu berhubung keindahan Islam sebagai cara hidup yang boleh diamalkan semua bangsa.

“Kebiasaann­ya sambutan Tahun Baharu Cina disambut mengikut kalendar lunar 15 hari (Cap Goh Mei) iaitu hari terakhir perayaan Tahun Baharu Cina.

“Secara tradisinya, Tahun

Baharu Cina disambut dengan membersih dan menghias rumah dengan pelita, tulisan kaligrafi, berkumpul sekeluarga untuk makan bersama, membakar mercun, menari singa dan memberi angpau.

“Antara tradisi Tahun Baharu Cina yang baik ialah memberi buah-buahan dalam bentuk oren (limau) dan angpau kepada anak-anak, ahli keluarga dan rakan-rakan merupakan amalan selaras dengan perintah Allah,” katanya berucap pada majlis tersebut.

Oleh itu, beliau ingin menegaskan pengislama­n seseorang mualaf tidak mengubah bangsa, bahasa atau budaya mereka.

Katanya, masyarakat masih mempunyai tanggapan salah terhadap pemelukan Islam seseorang itu, bermakna seseorang itu menjadi bangsa Melayu.

“Sebenarnya, menjadi seorang mualaf tidak mengubah bangsa, bahasa atau budaya mereka. Jika beliau seorang mualaf Cina, jadi beliau masih berbangsa Cina, mualaf Iban tetap berbangsa Iban dan sebagainya,” jelas beliau.

Sementara itu, majlis tersebut dijayakan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Tiong Hua Islam Sarawak (PERKTHIS) dan Woman’s Organisati­on of Change.

Hadir sama Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Hidayah Center Wan Ahmad Nizar Zakaria serta yang lain.

 ?? ?? RASMI: Nizar (tiga kiri), Nasyitah (empat kanan) dan yang lain menunjukka­n tulisan khat sebagai simbolik perasmian Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Yayasan Pusat Hidayah Sibu semalam.
RASMI: Nizar (tiga kiri), Nasyitah (empat kanan) dan yang lain menunjukka­n tulisan khat sebagai simbolik perasmian Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Yayasan Pusat Hidayah Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia