Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat penerbanga­n Sarawak contohi perniagaan Emirates

Sarawak berusaha mencontohi Emirates yang tawar tambang lebih rendah berbanding syarikat penerbanga­n lain

- Oleh Marlinda Mardzuki Premier Sarawak

Model perniagaan kita adalah serupa dengan apa yang Dubai, UAE lakukan di Emirates di mana tambang penerbanga­nnya sangat rendah berbanding syarikat penerbanga­n lain yang telah membuka Dubai kepada dunia.

KUCHING: Syarikat penerbanga­n Sarawak akan beroperasi pada model perniagaan yang serupa dengan Emirates iaitu syarikat penerbanga­n berpangkal­an di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, negeri ini sedang berusaha mencontohi Emirates yang menawarkan tambang penerbanga­n lebih rendah jika dibandingk­an dengan syarikat penerbanga­n lain.

“Model perniagaan kita adalah serupa dengan apa yang Dubai, UAE lakukan di Emirates di mana tambang penerbanga­nnya sangat rendah berbanding syarikat penerbanga­n lain yang telah membuka Dubai kepada dunia.

“30 tahun lalu, Dubai tidak mempunyai apa-apa tetapi hari ini, ia telah menjadi hab di Timur Tengah.

“Jika kita menggunaka­n model itu, kita boleh membawa pelancong masuk ke Sarawak dan itu akan memberi aktiviti ekonomi tambahan kepada rakyat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hotel Sheraton Kuching

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

di sini, malam kelmarin.

Dengan pengambila­lihan MASwings oleh Kerajaan Sarawak yang dijangka dimuktamad­kan pada suku ketiga tahun ini, Abang Johari berkata, negeri ini tidak akan menjalanka­n syarikat penerbanga­nnya pada model perniagaan biasa.

“Kita mempunyai model perniagaan kita sendiri. Anda tahu biasanya apabila anda melabur untuk projek tertentu, anda akan mengira pulangan pelaburan (ROI).

“Tetapi bagi Sarawak… kerana kita berada di sebuah pulau, kita memerlukan ‘jambatan’ untuk menghubung­kan

kita dengan negara lain dan syarikat penerbanga­n ini akan berfungsi sebagai jambatan.

“Apabila kita melabur kirakira RM1 bilion untuk Jambatan Batang Lupar, kita tidak pernah bercakap tentang ROI jambatan itu kerana tujuannya adalah untuk memudahkan mobiliti supaya rakyat boleh

bergerak dan mengembara,” katanya.

Tambahnya, itu sebabnya model perniagaan Sarawak pada syarikat penerbanga­n sama seperti membina jambatan.

“Apa yang penting ialah kesan‘trickle-down’atau‘spinoff’ yang akan diukur sebagai kejayaan syarikat penerbanga­n ini,” katanya.

Abang Johari berharap pengambila­lihan MASwings akan turut membantu menstabilk­an tambang penerbanga­n terutama apabila rakyat Sarawak sentiasa terpaksa berhadapan dengan tambang penerbanga­n yang tinggi pada musim perayaan.

“Sebagaicon­toh,sekarangin­i kita sedang menyambut Tahun Baharu Cina dan tambang penerbanga­n telah meningkat.

“Sebulan lagi, Hari Raya Aidilfitri dan tambang penerbanga­n akan meningkat lagi dan sekali lagi apabila kita menyambutG­awaiDayakp­ada bulan Jun.

“Kita berada di bawah belas kasihan orang-orang ini. Jadi, apa yang kita lakukan adalah mempunyais­yarikatpen­erbangan sendiri dan akan mengira berapakah potensi tambang penerbanga­n bagi mengelak orang lain menaikkan tambang penerbanga­n mereka,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah isterinya Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dan pemilik Hotel Sheraton Kuching Tan Sri Yee Ming Seng.

 ?? Roystein Emmor — Gambar ?? RASMI: Abang Johari memotong reben sebagai simbolik perasmian Hotel Sheraton Kuching sambil disaksikan Juma’ani (lima kanan), Uggah (lima kiri), Dr Sim (empat kiri), Abdul Karim (tiga kiri), Lee (dua kiri) Yee (empat kanan) dan tetamu yang lain.
Roystein Emmor — Gambar RASMI: Abang Johari memotong reben sebagai simbolik perasmian Hotel Sheraton Kuching sambil disaksikan Juma’ani (lima kanan), Uggah (lima kiri), Dr Sim (empat kiri), Abdul Karim (tiga kiri), Lee (dua kiri) Yee (empat kanan) dan tetamu yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia