Utusan Borneo (Sarawak)

Berkomunik­asi secara terbuka sangat penting bagi penduduk di luar bandar

-

Berkomunik­asi secara terbuka adalah sangat penting bagi penduduk di kawasan luar bandar agar mereka juga berupaya menikmati hubungan baik yang berterusan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah berkata demikian dalam satu kenyataan yang dipetik semasa beliau berucap di Perhimpuna­n Randau Solidariti Komuniti di Rumah Lingan Sait di Sengalang, Debak semalam.

“Mereka berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk bertukar-tukar idea dan bekerjasam­a antara satu sama lain dalam usaha mencapai kemajuan dan kemakmuran yang lebih besar.

“Kita mesti meneruskan komunikasi­terbukases­amakita ini kerana ia akan memastikan kita bersatu dan menyokong satu sama lain dalam usaha kita bersama,” katanya.

Beliau seterusnya menjelaska­n bahawa perpaduan juga amat penting bagi memudahkan kelancaran pelaksanaa­n program pembanguna­n kerajaan untuk penduduk setempat.

Tambahan pula, kerajaan kini sedang dalam proses untuk membantu penduduk luar bandar memperoleh pendapatan yang lebih tinggi melalui aktiviti pertanian moden.

Beliau berkata penubuhan Agropark di Lubok Tamang di sini akan menjadi inkubator untuk melahirkan petani moden yang akan menggunaka­n teknologi bagi meningkatk­an produktivi­ti dan keuntungan mereka.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri

(ADUN) Saribas Datuk Mohammad Razi Sitam dan Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu.

Sementara itu, pada satu

majlis berasingan sebelum ini, Uggah yang juga ADUN Bukit Saban telah menyampaik­an insentif kepada 50 pelajar institusi pengajian tinggi dari

kawasannya.

Mereka terdiri daripada 44 yang mengikuti pengajian ijazah dan enam kursus diploma di universiti dan kolej tempatan di Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Bercakap sebelum penyampaia­n tersebut di Pusat Khidmatnya di Spaoh dekat sini, beliau menasihati agar para pelajar belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya menamatkan pengajian dalam bidang pilihan masing-masing.

Beliau berkata Sarawak yang telah mula menceburi bidang ekonomi baharu seperti digital, hidrogen, tenaga diperbahar­ui, karbon dan sebagainya memerlukan ramai profesiona­l dan pekerja mahir.

Sekiranya tenaga pekerja tempatan gagal memenuhi permintaan, orang luar mungkin akan datang untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut, tegasnya.

Mengenai insentif itu, beliau berkata pihaknya membantu terutama pelajar baharu daripada keluarga berpendapa­tan rendah untuk menampung perbelanja­an awal mereka.

“Kami akan terus memantau kebajikan mereka. Kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu.

“Sekiranya mereka menghadapi masalah nanti seperti mendapatka­n biasiswa, saya harap mereka akan menghubung­i sama ada Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu atau saya sendiri melalui pusat khidmat saya.

“Kami tidak akan membenarka­n sesiapa tercicir hanya kerana masalah kewangan. Dan masalah kewangan seharusnya tidak lagi menjadi punca kepada pelajar yang layak untuk tidak meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi,” katanya.

Setiausaha Politik Premier Sarawak Roseline Mapong adalah antara yang menghadiri majlis itu.

 ?? ?? KENANGAN: Uggah bergambar bersama para penerima insentif dan ibu bapa masing-masing baru-baru ini.
KENANGAN: Uggah bergambar bersama para penerima insentif dan ibu bapa masing-masing baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia