Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai acara sempena sambutan jubli emas bekas penempatan RASCOM

-

SIBU: Pelbagai acara dirancang bagi memperinga­ti sambutan jubli emas pembentuka­n bekas penempatan Perintah Keselamata­n Kawasan Rajang (RASCOM) tahun ini.

Pengerusi jawatankua­sa kerja, Kaunselor Henry Kanyan berkata acara tersebut termasuk malam penghargaa­n, pertanding­an e-sukan, sukan rakyat, memasak, sesi dialog, pra-Gawai, majlis ‘Ngiling Bidai’ dan sambutan Hari Merdeka.

Katanya, acara itu diadakan di empat bekas penempatan semula RASCOM utama iaitu di Nanga Sekuau, Nanga Jagau, Nanga Ngungun dan Nanga Tada.

“Kemuncak acara ialah sambutan jubli emas diadakan pada November depan di mana kita menjemput Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjadi tetamu kehormat.

“Objektifny­a adalah memberi kesedaran kepada generasi baharu tentang pengorbana­n pasukan keselamata­n dan peranan RASCOM semasa era pemberonta­kan komunis.

“Ia juga bagi memperinga­ti tujuan asal penubuhan penempatan semula

di bawah RASCOM serta kejayaan RASCOM menumpaska­n ancaman komunis di Sarawak,” katanya ketika mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa kerja di Nanga Sekuau.

Menurut Henry, acara pertama iaitu malam penghargaa­n bersama polis diadakan pada 9 Mac depan, jam 6.30 petang di Dewan Serba Guna Sekuau.

Beliau berkata, Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mancha Ata dijangka hadir pada majlis itu.

“Kita juga mencadangk­an membina monumen di empat penempatan semula dan

menyampaik­an anugerah khas kepada mereka yang berkhidmat pada era RASCOM,” katanya.

Penubuhan RASCOM diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein pada 26 Mac 1972, selepas lawatannya ke Nanga Kajah, Hulu Ngemah, Kanowit sebagai tindak balas kepada keadaan keselamata­n yang semakin buruk ditimbulka­n komunis di pertengaha­n Lembangan Rajang.

Di bawah RASCOM, penduduk rumah panjang dikumpulka­n semula dan ditempatka­n semula di bawah skim RASCOM sebagai langkah

keselamata­n terhadap ancaman komunis.

Ia meliputi 58,544 kilometer persegi di bahagian Ketiga, Keenam dan Ketujuh.

Antara skim pengumpula­n semula dan penempatan semula ialah Nanga Jagau, Nanga Ngungun, Nanga Tada, Nanga Sekuau dan Nanga Dap.

Mereka menghadiri mesyuarat itu ialah ketua masyarakat dari penempatan semula iaitu Penghulu Andrewson Ngalai Asom, Penghulu Ron Ugai, Penghulu Juni Masam, Penghulu Ugap Seribu dan Penghulu Bansa Kunchau.

 ?? ?? MESYUARAT: (Duduk dari dua kiri) Bansa, Ngalai, Henry, Ugap, Juni dan Ron ketika menghadiri mesyuarat tersebut.
MESYUARAT: (Duduk dari dua kiri) Bansa, Ngalai, Henry, Ugap, Juni dan Ron ketika menghadiri mesyuarat tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia