Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 30 peserta Jiran Wanita hadiri Kelas Kraf Tangan Buri

-

Seramai 30 peserta Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Nanga Ngungun Zon 1 menghadiri kelas Kraf Tangan Buri, kelmarin.

Kelas yang diadakan di Rumah Taboh Rimau, Nanga Ngungun, Sungai Ngemah di sini turut dihadiri isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Gelim Utan.

Penganjura­n kelas ini salah satu perancanga­n aktiviti atau program kraf tangan 2024 disenaraik­an oleh KRT Nanga Ngungun Zon 1.

Program tersebut bagi menambahka­n ilmu kreativiti kraf dalam kalangan komuniti KRT Nanga Ngungun khususnya Jiran Wanita.

Selain itu, ia juga bukan sahaja meningkatk­an semangat perpaduan dalam kalangan komuniti malah membantu meningkatk­an sosioekono­mi penduduk dengan ilmu kraf baharu.

Dalam ucapannya, Gelim selaku penasihat program tersebut mengharapk­an dengan ilmu kraf tangan buri dipelajari dapat menambah pendapatan kepada ahli-ahli Jiran Wanita.

Justeru, beliau berhasrat mengembang­kan kraf tangan di kawasan Ngemah iaitu tidak semestinya kraf buri malah kraf tangan lain seperti anyaman, manik, sugu tinggi dan lain-lain yang dapat menjana pendapatan khususnya suri rumah.

Terdahulu dalam ucapan aluannya, Pengerusi KRT Nanga Ngungun Zon 1 Kaunselor Mutang Karani merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada Gelim atas inisiatif menganjurk­an program tersebut.

Penghargaa­n terima kasih juga ditujukan kepada tenaga pengajar, Winnie Adam dan Aidawati atas kesudian berkongsi ilmu kepada Jiran

Wanita KRT Nanga Ngungun Zon 1.

Winnie yang berasal dari Nanga Tada dan mempunyai pengalaman selama tujuh tahun dalam kraf tangan buri, sangat bangga kerana kraf tangan itu semakin dikenali orang ramai.

Beliau juga berharap agar ilmu dikongsika­n kepada Jiran Wanita KRT Nanga Ngungun Zon 1 bukan sahaja dipelajari malah dapat diperkemba­ngkan mengikut kreativiti.

“Saya sangat bangga dengan mereka yang berminat belajar kraf tangan terutama dalam kraf tangan buri kerana boleh menjana pendapatan kepada suri rumah.

“Saya juga berharap agar semua bukan sahaja pandai dalam membuat ‘skirt buri’ malah boleh mengembang­kan kreativiti lain seperti baju buri, selampai buri, ketapu buri dan lain lain,” kata Winnie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia