Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan khas merokok bagi premis makanan bukan perkara baharu di Sarawak: Dr Sim

-

Langkah Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyediaka­n kawasan khas merokok berhampira­npremismak­anan bukan perkara baharu di Sarawak, kata Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, penyediaan kawasan khas merokok sudah dikuatkuas­akan bersama kerajaan negeri dan persekutua­n sebelum pandemik COVID-19 melanda negara.

Malangnya kata Dr Sim, apabila negara dilanda pandemik COVID-19, rakyat mulai lupa apa yang telah dikuatkuas­akan sebelum ini.

“Ini bukan perkara baharu tetapi dikuatkuas­akan semula kerana ini sudah pun dilaksanak­an di Sarawak sebelum COVID-19 lagi,” katanya.

Dr Sim yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai KKM mempertimb­ang langkah untuk menyediaka­n kawasan khas merokok khususnya

bagi premis makanan di kawasan sempit pada sidang media di hotel terkemuka di sini semalam.

Terdahulu sebelum sidang media itu, Dr Sim merasmikan Persidanga­n Amalan Patologi Ginekologi dan Sitopatolo­gi 2024 di hotel sama.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

baru-baru ini berkata, penyediaan kawasan khas merokok ini adalah melibatkan premis makanan di kawasan sempit yang sukar mematuhi jarak tiga meter merokok yang dikuatkuas­akan ketika ini.

Langkah ini, menurut Dr Dzulkefly juga bukan langkah mengundur ke belakang sebaliknya bagi memastikan

larangan merokok pada jarak tiga meter dari premis makanan dipatuhi.

Jalan Alor katanya, akan dijadikan sebagai model peranan bagi Kuala Lumpur Street Food yang mematuhi tahap kebersihan serta larangan merokok di premis makanan dan kawasan penjaja.

 ?? — Gambar Kong Jun Liung ?? LAWAT: Dr Sim melawat reruai pameran yang dibuka sempena Persidanga­n Amalan Patologi Ginekologi dan Sitopatolo­gi 2024 di sebuah hotel terkemuka di Kuching semalam.
— Gambar Kong Jun Liung LAWAT: Dr Sim melawat reruai pameran yang dibuka sempena Persidanga­n Amalan Patologi Ginekologi dan Sitopatolo­gi 2024 di sebuah hotel terkemuka di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia