Utusan Borneo (Sarawak)

Chieng dan LCDA berbincang projek rumah mampu milik di Bukit Assek

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng menghadiri perbincang­an dengan Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (LCDA) mengenai isu rumah mampu milik di Bukit Assek, di Kuching hari ini.

Menurutnya, projek rumah mampu milik itu adalah salah satu projek di bawah Pelan Pembanguna­n Semula Bukit Assek.

“Pada 20 Februari (Selasa ini), saya dipanggil oleh LCDA ke Kuching dan kami berbincang tentang isu rumah mampu milik di bawah pelan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Perhimpuna­n Tahun Baharu Cina di pekarangan pusat khidmatnya, Jalan Tong Sang di sini malam kelmarin.

Chieng berkata, projek tersebut sangat penting untuk Sibu dan memastikan ia didedahkan kepada rakyat tanpa berselindu­ng dan draf pelan projek itu tersedia pada Mei nanti.

“Draf pelan ini melalui beberapa proses seperti pindaan dan sebagainya untuk dimuktamad­kan sebelum diluluskan, saya percaya ia siap hujung tahun ini,” jelasnya.

Chieng juga memaklumka­n kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg jika diluluskan pelan itu harus didedahkan kepada umum.

“Ini kerana, orang Sibu sangat berminat hendak tahu pelan itu bukan sahaja pemilik hartanah di kawasannya.

“Sangat penting kita dedahkan kepada orang ramai melalui pameran diadakan di pusat-pusat beli-belah di sini bagi mendapatka­n maklum balas daripada umum,” katanya.

Menurutnya, adalah penting orang ramai di Sibu mendapat maklumat terus daripada kerajaan mengenai pelan projek tersebut.

“Komunikasi adalah kunci kejayaan projek Pelan Pembanguna­n Semula Bukit Assek dan orang ramai harus mempunyai penerangan serta komunikasi baik daripada agensi kerajaan terlibat agar mereka mendapat lebih pemahaman mengenainy­a,” jelasnya.

Menyentuh mengenai perhimpuna­n tersebut, beliau berkata ia adalah anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bukit Assek dan Pusat Khidmat DUN Bukit Assek.

“Program tersebut dihadiri kira-kira 1,800 orang dan jika tidak hujan saya rasa mungkin lebih ramai akan datang,” katanya.

Hadir sama Pengerusi SUPP Bukit Assek Dato Chieng Buong Toon, Pengerusi SUPP Pelawan Clarence Ting, Pengerusi SUPP Dudong Wong Ching Yong dan Pengerusi SUPP Nangka Benson Chua.

 ?? ?? RAI BERSAMA: Chieng (barisan depan, tengah) bersama pemimpin parti dan orang ramai pada Perhimpuna­n Tahun Baharu Cina anjuran SUPP Bukit Assek dan Pusat Khidmat DUN Bukit Assek di Sibu malam kelmarin.
RAI BERSAMA: Chieng (barisan depan, tengah) bersama pemimpin parti dan orang ramai pada Perhimpuna­n Tahun Baharu Cina anjuran SUPP Bukit Assek dan Pusat Khidmat DUN Bukit Assek di Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia