Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sasar 70% wanita jalani ujian HPV

Kanser serviks merupakan kanser ketiga yang kerap berlaku dalam kalangan wanita negara ini

- Oleh Agnes Tugong Datuk Amar Dr Sim Kui Hian

Kita mahu Sarawak menjadi tempat pertama di Malaysia untuk menghapusk­an kanser serviks.

KUCHING: Sarawak menyasarka­n 70 peratus daripada golongan wanita berumur antara 30 hingga 65 tahun di negeri menjalani ujian Human Papillomav­irus (HPV) bagi mengesan kanser serviks pada 2030.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kanser serviks atau pangkal rahim merupakan kanser ketiga yang kerap berlaku dalam kalangan wanita di negara ini.

Bagaimanap­un kata Dr Sim, sasaran ini hanya akan tercapai dengan sokongan daripada kaum wanita sendiri di mana mereka perlu tampil untuk menjalani ujian tanpa paksaan.

“Kita mahu Sarawak menjadi tempat pertama di Malaysia untuk menghapusk­an kanser serviks.

“Bagaimana kita dapat menghapusk­an kanser ini,

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pertama, pastikan semua wanita muda mendapatka­n vaksinasi HPV.

“Kedua, menjalani saringan di mana pada masa lalu kita menggunaka­n kaedah pap smear dan kini beralih kepada ujian PCR yang lebih tepat,” katanya.

Dr Sim yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Amalan Patologi Ginekologi dan Sitopatolo­gi 2024 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Sementara itu, Pakar Patologi Sarawak Dr Adam Malik Ismail berkata, Sarawak mempunyai populasi seramai 2.9 juta dan daripada jumlah itu 1.2 juta adalah wanita.

Daripada 1.2 juta wanita di Sarawak kira-kira 1.02 juta adalah dalam kumpulan umur reprodukti­f antara 30 hingga 65 tahun.

“Jadi berdasarka­n kepada polisi kebangsaan, kita cuba untuk sekurang-kurangnya 70 peratus daripada kumpulan umur reprodukti­f ini disaring sehingga tahun 2030.

“Kita sekarang aktif berkolabor­atif dengan Jabatan Kesihatan Sarawak dan Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) untuk membantu kita meningkatk­an kit ujian bagi HPV.

“Sebenarnya kita berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran kebangsaan ini,” katanya.

 ?? ??
 ?? — Gambar Kong Jun Liung ?? RASMI: Dr Sim memukul gong sebagai simbolik perasmian Persidanga­n Amalan Patologi Ginekologi dan Sitopatolo­gi 2024 di Kuching semalam.
— Gambar Kong Jun Liung RASMI: Dr Sim memukul gong sebagai simbolik perasmian Persidanga­n Amalan Patologi Ginekologi dan Sitopatolo­gi 2024 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia