Utusan Borneo (Sarawak)

Kesesakan di ICQS Sungai Tujuh paksa pelawat menunggu berjam-jam

-

Kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) di Sungai Tujuh pada hujung minggu dan musim cuti antara isu harus diatasi dengan segera.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berkata penduduk dan pelancong ingin keluar dan masuk di pintu sempadan itu terpaksa beratur dan menunggu lama melepasi pemeriksaa­n pihak berkuasa.

“Apabila tiba hujung minggu, cuti umum atau cuti perayaan, keadaan bertambah teruk di mana pelawat terpaksa menunggu dalam kesesakan sehingga berjam-jam.

“Malah, sempena perayaan Tahun Baharu Cina lalu, saya juga menerima banyak aduan daripada orang awam dan pelawat Brunei ada kalangan mereka menunggu selama tiga hingga empat jam,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Chiew berkata, sekiranya tidak diatasi beliau khuatir masalah tersebut memberi kesan terhadap industri pelanconga­n di Sarawak dan Miri kerana terletak berdekatan dengan Brunei.

Chiew mahu masa diperlukan untuk melepasi ICQS Sungai Tujuh dapat disingkatk­an kerana Miri merupakan kunjungan utama pelancong dari Brunei pada hujung minggu dan musim cuti.

Beliau berharap usaha menaik taraf ICQS Sungai Tujuh dapat menyelesai­kan isu itu dalam melicinkan perjalanan keluar masuk pelancong dalam dan luar Miri.

Pada petang Ahad lalu, Chiew menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipengerus­ikan oleh Presidenny­a yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum mesyuarat bermula, beliau bertemu dan menghantar surat kepada Setiausaha Agung PKR yang merupakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Chiew menyuaraka­n isu tersebut kepada Saifuddin dan menjemput beliau datang ke Miri.

Ketika pertemuan itu, Chiew turut menyuaraka­n isu keadaan bangunan usang Ibu Pejabat Daerah Miri dan Balai Polis Pusat Miri amat memerlukan kerjakerja penyelengg­araan dan pembaikan segera.

Chiew berkata, jemputan Saifuddin melakukan lawatan kerja ke Miri adalah untuk memberi gambaran lebih jelas kepada beliau isu dibangkitk­an itu.

Dalam pada itu, ketika mesyuarat khas tersebut, Chiew turut menyuaraka­n kebimbanga­n rakyat Sarawak danSabahte­ntangrasio­nalisasi subsidi diesel diumumkan dalam Belanjawan 2024 hujung tahun lalu.

Beliau berterima kasih kepada Anwar kerana memahami keperluan diesel rakyat kedua-dua negeri itu dan memberi pengesahan rasionalis­asi subsidi diumumkan dalam Belanjawan 2024 tidak melibatkan Sarawak dan Sabah.

 ?? ?? JEMPUTAN: Chiew menyerahka­n surat jemputan ke Miri kepada Saifuddin ketika pertemuan kelmarin.
JEMPUTAN: Chiew menyerahka­n surat jemputan ke Miri kepada Saifuddin ketika pertemuan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia