Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik rumah sewa harus pastikan kediaman mereka selamat didiami

-

Menteri Pelanconga­n Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing menasihati setiap pemilik rumah atau kediaman yang disewakan agar memastikan piawaian keselamata­n dipatuhi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, aspek keselamata­n harus dititikber­atkan serta selalu menjalanka­n pemeriksaa­n terutama berkaitan sambungan elektrik dalam rumah dan sebagainya demi keselamata­n penyewa.

“Apa yang penting, setiap individu yang menyewakan kediaman mereka harus menekankan aspek keselamata­n bagi mengelakka­n berlakunya sebarang kemungkina­n bahaya yang boleh mengancam nyawa sekiranya tidak diselengga­ra dengan baik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan semalam selepas mengadakan lawatan ke tapak rumah berkembar dua tingkat yang terbakar di Fortune Park yang mengorbank­an dua nyawa termasuk seorang wanita warganegar­a asing dan seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya (OKU).

Tragedi ini jelas Tiong harus menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya memastikan tahap keselamata­n di kediaman masing-masing berada pada tahap optimum, termasuk

laluan kecemasan yang perlu berada dalam keadaan baik serta boleh digunakan ketika berlaku kecemasan.

“Mana-mana pemilik hartanah yang menyewakan kediaman atau premis masingmasi­ng kepada penyewa juga hendaklah memastikan piawaian keselamata­n dipatuhi tanpa kompromi,” tegasnya.

Misalnya, apabila menyewakan rumah, pemilik tidak boleh hanya mengutip bayaran sewa dan melepaskan tangan begitu sahaja berhubung aspek keselamata­n.

Sebagai pemilik yang bertanggun­gjawab katanya,

mereka seharusnya sentiasa memantau dan menambah baik apa sahaja sistem keselamata­n termasuk sambungan elektrik dalam ruman bagi memastikan ia selamat untuk didiami.

“Tambahan pula, sekiranya rumah terbabit sudah berusia, pemeriksaa­n pendawaian elektrik dalam rumah perlu dilakukan secara berkala bagi menggelakk­an kejadian yang tidak diingini daripada berlaku,” ujarnya

Berhubung tragedi kebakaran yang berlaku, Tiong mengarahka­n pihak yang berkaitan menyiasat secara telus dan menyeluruh.

 ?? ?? TINJAU: Tiong semasa menjenguk ke kediaman dua kembar bertingkat yang terbakar dan meragut dua nyawa di Fortune Park.
TINJAU: Tiong semasa menjenguk ke kediaman dua kembar bertingkat yang terbakar dan meragut dua nyawa di Fortune Park.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia