Utusan Borneo (Sarawak)

SMA perkukuh kerjasama dengan ANM sebar maklumat pembanguna­n telekomuni­kasi 5G

-

KUCHING: Sarawak Multimedia Authority (SMA) akan terus memperkuku­hkan kerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia (ANM) dalam menyebar luas maklumat sahih kepada orang ramai mengenai pembanguna­n telekomuni­kasi 5G.

Pemangku Pengurus Besar SMA Ng Hong Ping berkata, satu kertas kerja akan diusahakan oleh ANM agar kerjasama terbabit diperkukuh­kan dengan memorandum persefaham­an (MoU).

“Kami amat mengalualu­kan kerjasama dengan ANM terutama memberitah­u masyarakat­tentangmak­lumat yang tepat dan sahih mengenai pembanguna­n telekomuni­kasi 5G.

“Malah kita juga memerlukan kepakaran daripada ANM untuk meyakinkan orang ramai berkaitan isu-isu berbangkit kerana pembanguna­n 5G merupakan agenda nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada rombongan ANM yang diketuai Pengarah Bahagian Teknologi Industri Dr Norpa’iza Mohamad di Kuching pada 14 Februari lalu.

Dalam pada itu, Pengurus Bahagian Keselamata­n dan Kesihatan Radiasi ANM Roha Tukimin memberi penerangan mengenai kajian yang dijalankan oleh pihaknya di Sarawak.

“Kami mula membuat kajian mengenai radiasi di Sarawak pada tahun 2016 dan disusuli dengan menandatan­gani MoU

dengan pihak SMA pada tahun 2019.

“Bagaimanap­un, kami ingin memperbaha­rui MoU dengan SMA untuk pembanguna­n 5G di Sarawak agar kerjasama terus diperkukuh­kan,” jelasnya.

Ujarnya, pihak ANM telah menjalanka­n penilaian radiasi di semua bahagian di Sarawak termasuk jauh ke pedalaman di Bario.

Ujarnya, hasil daripada kajian itu, kadar radiasi daripada telekomuni­kasi 5G di seluruh Sarawak tidak melebihi dua peratus apabila kadar berbahaya ialah 10

peratus.

Sementara itu, pada Khamis (15 Februari 2024), ANM dan SMA bersama beberapa agensi lain turut turun padang untuk menguji kadar radiasi di kawasan Stutong dengan bacaan kurang daripada 0.5 peratus.

Hadir sama, Pengarah Pengkomers­ialan Teknologi ANM Dr Rasif Mohd Zain, Pengurus Pusat Kecemerlan­gan Nuklear ANMNorHadz­alinaSukar­seh dan Ketua Pemasaran (Pegawai Penyelidik­an) ANM Mohamed Zaffar Ali Mohamed Amiruddin.

 ?? ?? KAJIAN: Kelihatan pegawai ANM melakukan kajian mengenai bacaan radiasi daripada pembanguna­n telekomuni­kasi 5G di Stutong pada 15 Februari 2024.
KAJIAN: Kelihatan pegawai ANM melakukan kajian mengenai bacaan radiasi daripada pembanguna­n telekomuni­kasi 5G di Stutong pada 15 Februari 2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia