Utusan Borneo (Sarawak)

Jurutera tertipu tawaran pekerjaan sambilan

Mangsa kerugian RM29,314.40 selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan sambilan dalam talian

- Oleh Andy Sabang ACP Zulkipli Suhaili Ketua Polis Daerah Sibu

SIBU: Seorang jurutera tempatan berusia 30-an mengalami kerugian sebanyak RM29,314.40 selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan sambilan secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, pada 15 Februari 2024, mangsa melihat iklan di aplikasi TikTok (AS28/C20 TikTok Recruitmen­t) yang menawarkan pekerjaan sambilan.

Katanya, setelah menghubung­i nombor dalam iklan, mangsa diarahkan untuk melakukan tugasan dalam tempoh 30 minit melalui aplikasi Telegram dengan janji bayaran komisen 15 hingga 20 peratus.

“Mangsa telah membuat pembayaran sebanyak tiga kali transaksi ke akaun yang berbeza sebanyak

RM29,314.40.

“Namun setelah tugasan selesai, mangsa tidak menerima komisen yang dijanjikan. Suspek, yang memperkena­lkan diri sebagai Kathy memberikan pelbagai alasan apabila mangsa cuba mendapatka­n pembayaran semula wang modal dan komisen,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, polis menasihati orang ramai untuk berhati-hati terhadap tawaran pekerjaan melalui media sosial yang menjanjika­n pulangan lumayan.

Orang ramai perlu menyemak dengan teliti sebelum membuat sebarang pembayaran dan rujuk kepada syarikat atau agensi berkaitan sebelum menerima tawaran kerja yang meragukan.

Katanya, untuk maklumat lanjut orang awam boleh merujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau mengikuti laman Facebook @CyberCrime­AlertRMP @ JSJKPDRM.

Semak pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui di laman sesawang [Pusat Siasatan Jenayah Siber](http://ccid.rmp.gov. my/semakmule/).

Mangsa telah membuat pembayaran sebanyak tiga kali transaksi ke akaun yang berbeza sebanyak RM29,314.40.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia