Utusan Borneo (Sarawak)

Kes saman Sulaiman dan Bekir terhadap Ragad, defendan diperintah buat semakan undang-undang

-

Mahkamah Tinggi di sini, semalam memerintah­kan pihak defendan untuk membuat semakan undang-undang sebelum membangkit­kan isu sama ada kes saman sivil anak-anak Tun Abdul Taib Mahmud terhadap Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib boleh diklasifik­asikan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Pesuruhjay­a Kehakiman Alexander Siew berkata, isu ini tidak dibangkitk­an oleh pihak defendan dalam salah satu asas dalam kes tersebut, malah tidak dinyatakan dalam pembelaan difailkan oleh defendan.

Terdahulu semasa prosiding, peguam defendan yang mewakili Ragad, Alvin Yong mengemukak­an satu isu penting dalam kes itu iaitu sama ada Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa ke atas perkara-perkara berkaitan hal-hal syariah.

“Berdasarka­n fakta kami, saham dalam Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) yang didaftarka­n atas nama Allahyarha­mah Laila Taib, telah didaftarka­n semasa perkahwina­nnya dengan Tun Abdul Taib Mahmud. Akibatnya, saham tersebut diperolehi bersama harta/ harta sepencaria­n.

“Ini akibatnya, adalah perkara yang termasuk dalam bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah dan mahkamah ini tidak sepatutnya melayan tuntutan yang dibuat oleh plaintif (Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib dan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib).

“Tindakan plaintif, sewajarnya, boleh dibatalkan kerana mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa ke atas perkara itu,” kata Yong.

Mahkamah bagaimanap­un beranggapa­n isu yang diutarakan defendan adalah berdasarka­n keadaan dan perlu dibangkitk­an terlebih dahulu, selain menegaskan

bahawa isu ini sangat penting dan harus diteliti susulan ia menyentuh mengenai bidang kuasa.

“Peguam(diarahkan)untuk menyemak undang-undang kes sama ada bidang kuasa terletak pada Mahkamah Syariah dan bukan pada mahkamah ini (dan sama ada ia) boleh dibangkitk­an dalam dua permohonan untuk membatalka­n (kes) ini (terutamany­a) apabila perkara ini tidak dinyatakan sebagai salah satu alasan mahupun dinyatakan dalam pembelaan yang difailkan oleh defendan. Perbicaraa­n diteruskan pada 14 Mac 2024,” ujar Alexander.

Selain itu juga, peguam Tan Kee Heng yang mewakili defendan kedua, RHB Investment Bank Berhad turut menyentuh mengenai plaintif tidak mempunyai locus standi diperlukan dalam kes ini berikutan terdapat beberapa fakta tidak dipertikai­kan.

Plaintifka­tanya,merupakan benefisiar­i kepada harta tersebut dan bukan pentadbir atau pentadbir bersama harta.

Sebaliknya,TunAbdulTa­ib Mahmud adalah pentadbir harta namun beliau tidak terlibat dalam saman ini.

“Satu-satunya pihak yang layak untuk memulakan apaapa

tindakan bagi harta ialah Pentadbir Pusaka, iaitu Tun Abdul Taib Mahmud. Bukan benefisiar­i atau mana-mana pihak lain,” katanya.

Tan juga membangkit­kan isu plaintif tidak menamakan benefisiar­i harta tersebut dalam saman berkenaan iaitu Tun Abdul Taib Mahmud dan dua anak perempuann­ya.

“Plaintif tidak boleh memulakan saman tanpa memasukkan benefisiar­i lain bagi harta tersebut. Tiada alasan yang dinyatakan oleh plaintif tentang mengapa benefisiar­i lain tidak dinamakan sebagai benefisiar­i yang berhak ke atas harta,” katanya.

Ragad disaman oleh anak tirinya Sulaiman dan Bekir (plaintif) yang memohon injunksi mahkamah untuk menghentik­an pemindahan saham daripada syarikat kepada Ragad.

Mereka menamakan Ragad sebagai defendan pertama dan RHB Investment Bank Berhad sebagai defendan kedua dalam kes itu.

Selain Yong, Ragad turut diwakili Azlina Dahlan, Shirleen Ong sementara defendan kedua diwakili peguam Tan Kee Heng dan Lesley Lynn Ling.

Sulaiman dan Bekir diwakili peguam Alvin Chong dan Jonathan Tay.

 ?? ?? PEGUAM PLAINTIF: Chong (kiri) dan Jonathan Tay semasa berada di lobi kompleks Mahkamah Kuching, semalam.
PEGUAM PLAINTIF: Chong (kiri) dan Jonathan Tay semasa berada di lobi kompleks Mahkamah Kuching, semalam.
 ?? ?? PEGUAM DEFENDAN: Yong (kiri) dan Tan keluar dari kamar mahkamah selesai prosiding kes.
PEGUAM DEFENDAN: Yong (kiri) dan Tan keluar dari kamar mahkamah selesai prosiding kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia