Utusan Borneo (Sarawak)

KPDN Bintulu selesai 86 kes bernilai RM1.3 juta

6,894 premis diperiksa dalam pelbagai operasi bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2023

- Oleh Ambrose Rirang Al Redzamani Abdul Razak Ketua Cawangan Pejabat KPDN Bintulu

BINTULU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Bintulu berjaya menyelesai­kan sebanyak 86 kes berkaitan pelbagai kesalahan perihal dagangan serta kepengguna­an dengan nilai sitaan RM1.3 juta.

Ketua Cawangan Pejabat KPDN Bintulu Al Redzamani Abdul Razak berkata pada tahun lalu sebanyak 6,894 buah premis diperiksa dalam pelbagai operasi bermula 1 Januari hingga 31 Disember.

“Daripada pemeriksaa­n itu, sebanyak 86 kes dihasilkan atas pelbagai kesalahan dengan nilai sitaan lebih RM1.3 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, pelbagai operasi turut dijalankan sepanjang tempoh itu bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan kementeria­n bagi menjaga hak pengguna.

Katanya, beberapa kompaun dikeluarka­n membabitka­n pelbagai kesalahan seperti harga mahal, tiada tanda harga, penimbang tidak tepat, pelanggara­n peraturan halal, barang tiruan termasuk

penyelewen­gan barangan bersubsidi khususnya bahan api diesel dan semua premis diperiksa dari segi pematuhan undang-undang di bawah KPDN.

“Pada Mac tahun lalu, kami turut melancarka­n ‘Ops Tiris’ bermula 1 Mac hingga kini bagi membantera­s ketirisan subsidi berdiesel di bahagian ini.

“Pelaksanaa­n operasi ini penting bagi memastikan subsidi diesel tidak mengalami ketirisan dan sampai ke pihak yang layak menerima,” jelasnya.

Katanya, dalam perkembang­an berkaitan setakat Februari tahun ini lebih 1,200 premis diperiksa dan sembilan kes dihasilkan melibatkan nilai sitaan

RM63,016.50 atas pelbagai kesalahan.

Al Redzamani berkata, ini merupakan hasil kerjasama pelbagai agensi terutama polis yang banyak membantu KPDN membantera­s penyelewen­gan barangan bersubsidi diesel.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penyelewen­gan barangan bersubsidi dan salah laku peniaga boleh menyalurka­n aduan lengkap kepada penguat kuasa KPDN melalui saluran WhatsApp 0192794317/019-8488000, Portal Aduan e-aduan.kpdn.gov. my, Call Centre 1-800-886800, Emel e-aduan@kpdn. gov.my dan salurkan ke Ez ADU KPDN,” katanya.

“Daripada pemeriksaa­n itu, sebanyak 86 kes dihasilkan atas pelbagai kesalahan dengan nilai sitaan lebih ” RM1.3 juta.

 ?? ?? OPERASI: Pasukan penguatkua­saan KPDN menjalanka­n pemeriksaa­n dalam satu operasi dijalankan di Bintulu.
OPERASI: Pasukan penguatkua­saan KPDN menjalanka­n pemeriksaa­n dalam satu operasi dijalankan di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia