Utusan Borneo (Sarawak)

ART’UISM: Intuition-Artistic-Autism Programme wujudkan persekitar­an inklusif untuk kanak-kanak autisme

-

ART’UISM: Intuition-Artistic-Autism Programme telah diadakan pada 17 Februari 2024 bermula jam 10 pagi hingga 4 petang di La Promenade Mall, Kota Samarahan.

Menurut kenyataan pihak Univeristi Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak semalam, ia merupakan sebahagian daripada pameran seni ReQaSeni XVIII (18) ‘Edisi Khas’ – NADI REIMAGINE anjuran Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM.

“Program ini berjaya mewujudkan persekitar­an inklusif untuk kanak-kanak autisme untuk meneroka seni sebagai ekspresi diri. Ia juga menyerlahk­an faedah terapi seni dan sokongan komuniti untuk kanak-kanak ini.

“Selain bertujuan memberi pendedahan kepada kanakkanak autisme melalui aktiviti seni dan membantu meningkatk­an kemahiran psikomotor dan kognitif mereka. Ia juga meningkatk­an kesedaran mengenai pendekatan terapi seni untuk autisme,” katanya.

Program tersebut dilakukan dengan kerjasama Persatuan Autisme Kuching (KAA) dan mendapat sokongan ibu bapa.

Menurut pihaknya juga, kanak-kanak gembira dan terlibat sepenuhnya dalam menyiapkan tugasan seni yang diberikan kepada mereka.

Kesemua karya seni dipamerkan bagi mempamerka­n kreativiti dan bakat kanak-kanak ini.

Ketua projek, Muhamad Hafiz Hassan, pensyarah Seni Kreatif, menyatakan bahawa program itu memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa kanak-kanak ini sangat berbakat dan kreatif.

“Pendidikan berkualiti untuk golongan ini perlu dicapai selaras dengan kehendak SDG nombor 4,” tegasnya.

Muhamad Hafiz turut mengadakan ceramah untuk penjaga dan ibu bapa bertajuk ‘Adaptive Minds: Choosing Tools for Autism Learning Journey’ mengenai kriteria pemilihan alat dan bahan pengajaran kanak-kanak autisme.

Program ini memberi impak yang besar dan

mendapat sambutan dan sokongan yang hebat daripada masyarakat selaras dengan SDG 4 dalam mencapai pendidikan berkualiti untuk semua, termasuk kanakkanak kurang upaya.

Ia menyerlahk­an kekuatan kanak-kanak autistik sambil mengubah perspektif masyarakat.

 ?? ?? TEKUN: Anak-anak KAA kelihatan tekun mewarnakan projek yang diberi kepada mereka pada program itu baru-baru ini.
TEKUN: Anak-anak KAA kelihatan tekun mewarnakan projek yang diberi kepada mereka pada program itu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia