Utusan Borneo (Sarawak)

Ahmad Zahid dianugerah­kan Ijazah Kedoktoran Kehormat Kejurutera­an Institut Teknologi Shibaura

-

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam dianugerah­kan Ijazah Kedoktoran Kehormat Kejurutera­an daripada Institut Teknologi Shibaura (SIT), sebagai pengiktira­fan terhadap sumbangan beliau dalam pengukuhan kerjasama pendidikan­teknikalMa­laysiaJepu­n.

Penganuger­ahan itu juga berikutan usaha berterusan Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bagi memastikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) terus menjadi platform meningkatk­an kemahiran pelajar serta pengukuhan jalinan kerjasama industri kedua-dua pihak.

Ijazah Kedoktoran Kehormat berkenaan disampaika­n oleh Presiden SIT Prof Dr Jun Yamada kepada Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankua­sa

Majlis TVET Negara di pusat pengajian berkenaan di sini.

Dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan kerja tujuh hari ke Jepun bermula Jumaat lepas, berkata pengiktira­fan itu akan memberikan­nya dan seluruh pasukan di bawah Majlis TVET Negara untuk berusaha lebih kuat dalam menjadikan program serta ekosistem TVET Malaysia lebih berkualiti dan berdaya saing.

“Saya juga percaya pengiktira­fan di peringkat antarabang­sa ini penting sebagai asas jaminan bahawa TVET bukan lagi pilihan kelas kedua, malah menjadikan­nya pilihan kerjaya utama dan menjaminka­n gaji premium serta lumayan sekali gus dapat mengubah persepsi masyarakat dalam memartabat­kan TVET di Malaysia,” katanya.

Terdahulu pagi semalam,

Ahmad Zahid menerima watikah pelantikan sebagai Presiden Pertubuhan Kemajuan Industri, Kerohanian dan Budaya (OISCA) Antarabang­sa bagi Cawangan Malaysia, iaitu sebuah pertubuhan antarabang­sa memfokuska­n promosi jalinan kerjasama antarabang­sa dalam pelbagai bidang.

Pelantikan Ahmad Zahid itu disempurna­kan Presiden OISCA Antarabang­sa Nakano Etsuko di National Diet Building di sini.

OISCA Antarabang­sa mengiktira­f program perantisan industri di Jepun dengan menganuger­ahkan pelajar Malaysia Diploma Dalam Latihan Industri selepas mereka menamatkan program pembelajar­an.

Hal ini akan memberi peluang kepada belia Malaysia untuk menimba pengalaman berharga, serta meningkatk­an kebolehpas­aran dan nilai pasaran mereka. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Ahmad Zahid semalam dianugerah­kan Ijazah Kedoktoran Kehormat Kejurutera­an daripada Institut Teknologi Shibaura (SIT), sebagai pengiktira­fan terhadap sumbangan beliau dalam pengukuhan kerjasama pendidikan teknikal Malaysia-Jepun.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Ahmad Zahid semalam dianugerah­kan Ijazah Kedoktoran Kehormat Kejurutera­an daripada Institut Teknologi Shibaura (SIT), sebagai pengiktira­fan terhadap sumbangan beliau dalam pengukuhan kerjasama pendidikan teknikal Malaysia-Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia